Setiap apa yang kita lalui adalah pengalaman.
Pengalaman yang mengajar erti hidup dan keperitan.
Dari keperitan barulah boleh capai kejayaan.
Berani buat berani tanggung.
Sama juga bila melibatkan diri dalam sesuatu perniagaan.
Kalau tak berani tanggung risiko.
Janganlah pergi masuk.
Tapi bila dah masuk kenalah hadapi.
Terutama dari manusia yang suka menjatuhkan orang lain.
Kata-kata yang ditaip, dikata selalunya negatif.
Apa nak buat?
Abaikan sahaja.
Haha.
Kadang manusia seperti itu suka lihat kita jatuh.
Andai benar anda yakin bisnes tu tak ke mana.
Tak salahkan beri kata-kata yang lebih baik.
Dari kata yang menjatuhkan seseorang.
Dekatilah mereka yang positif.
Bila positif kita akan lebih semangat untuk maju.
Jangan biarkan diri ditenggelami aura negatif.
Be Positive!
1 ulasan:
selalunya macam tulah..walau ape pun bidang yang kita ceburi,jangan mudah putus asa...
Catat Ulasan