7 Februari 2014

Sekinchan : Feeding Fish

Assalamualaikum,

Satu tempat menarik kalau pergi Sekinchan, Selangor ialah Sekin Hotel & Resort


Apa yang menarik?

Kat sini boleh bagi ikan makan. Masa datang tengok kolam air tenang je. Tapi sekali ko baling makanan, bedebush dia keluar ke permukaan air tau. Masa tu geli geleman lah tengok ikan banyak gilos. Anak buah Oshin memang excited lah tengok ikan banyak gitu.

Air tenang jangan disangka tiada ikan

Nampak tak? Baru sikit tu...

Zoom sikit lagi

Hamek segerombolan keluar!

Makanan tak perlu nak bawa sendiri sebab memang dia jual kat sini.

3 bungkus = RM5.00

Sakanlah kitorang memberi ikan makan. Rasanya kalau tiap kali dibagi makan pun memang semua tengah kebulur kot. Hehe. Dah namanya resort kan, so bolehlah nak book untuk stay. Cuma Oshin tak tidur sini tapi homestay berdekatan.

Tengok yang belakang tu bukan muka separuh tak siap tau! Haha.

Selfie bertiga dengan akak ipar dan Fahd

Terpegun semua tengok ikan banyak tu

Kalau jalan ke Sekinchan bolehlah ke sini ye, kawan-kawan :)

Tiada ulasan: