2 Januari 2014

Welcome To Zoo Johor

Assalamualaikum,

Jom start karang cerita lagi. Kali ni Oshin nak story pasal cuti-cuti Johor kat korang. Hasil perjalanan Oshin bawa Dian Munira (blogger Sabah) dan sepupu bercuti ke Johor. Destinasi pertama adalah Zoo Johor !

Pintu Masuk

Apa yang menarik kat sini ? Mestilah haiwan-haiwan yang menarik. Bhahaha. Sesuai bawa kanak-kanak yang kecil especially baru nak kenal haiwan. Minggu sebelum tu bawa family abang ke sini dan anak buah Oshin yang pertama, Faiq, walaupun baru berusia 3 tahun dah excited sangat bila masuk ke sini.

Jadi ibu bapa kenalah dedahkan pada kanak-kanak kecil supaya dia cepat belajar. Orang kata sekadar pengenalan. Hee. Sepupu Oshin yang laki tu pun semangat sangat bila masuk sini. Baru darjah 3 (tahun lepas) tapi excited dia kenal habitat dan ilmu tentang haiwan-haiwan ni memang tinggi. Macam-macam soalan dia tanya pasal haiwan dan mestilah dia cakap BEST dan RUGI kalau tak datang. Hehe.

Bangau ni dilepaskan dan semua orang lari jauh takut kena patuk :p

Model 1 :p

Model 2 :p

Satu-satunya haiwan yang Oshin elak nak tengok. Ular !

Jom buat keychain ! RM7.00/pcs

Hai, saya unta !

Gua nak rehat pun kacau ! (Tapir/Tenuk/Cipan)

Hoi, curi gambar aku !

Jom jalan-jalan ambik angin :)

Hah, nak kena terkam ke ambik-ambik gambar ni ?

Fuh, syoknya berendam !

Ini sebahagian je gambar yang ada. Hee. Kalau nak tau, banyak lagi ada kat sini. Kalau datang Johor, bolehlah singgah sini. Siapa kata tak best pergi zoo ? Serbu !!!

Bayaran Masuk :

Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak (bawah 12 tahun) : RM1.00

Kat mana ?
Berhadapan Masjid Sultan Abu Bakar


1 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

Moning
singgah pagi