Pages

29 Januari 2014

Alert! Phishing Email

Assalamualaikum,

Apa itu 'phishing email'?

'Phishing Email' ini mengandungi satu link yang kemungkinan besar mengandungi malware. 'Malware' pula satu virus yang disebarkan untuk mengganggu operasi komputer dan akses maklumat peribadi seseorang dalam talian.

Contoh phishing email

Seperti gambar di atas, satu emel dihantar mengenai masalah pada akaun bank kita. Andai kata kita tidak mempunyai akaun bersama bank berkenaan tiada masalah tapi tetap jangan terpedaya okay. Macam Oshin memang ada akaun RHB ni tapi tak pernah buat secara atas talian.

JANGAN sesekali tekan mana-mana link yang diberi. Bila tekan, memang akan keluar laman web sebiji macam laman web bank tersebut. Namun sebaik kita masukkan ID dan kata laluan, pihak yang mereka laman web ini secara automatik akan dapat trace ID dan kata laluan tersebut. Jadi memudahkan mereka untuk masuk dan sekaligus rompak duit dalam akaun tersebut.

Satu lagi cara nak kenalpasti emel ini benar atau tidak, boleh refer pada emel penghantar. Dari situ kita boleh tahu emel ini adalah SPAM dan menipu. Jadi, kawan-kawan hati-hati ye bila dapat emel macam ni. Abaikan sahaja dan delete. Pihak bank tidak akan hantar sebarang notis melalui emel atau panggilan telefon.

3 ulasan:

Anum berkata...

great

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: berkata...

pernah terklik terus habis hilang emel :(

Cik Nor berkata...

akak del jer klu email macm tu..:)