Pages

16 Disember 2013

Petanda Demam Hadir

Assalamualaikum,

Oshin tengah tak berapa nak sihat sekarang ni. Huhu. Oshin mula demam hari Jumaat lepas namun tanda-tanda mula kelihatan hari Selasa lalu. Mungkin badan ni penat sangat agaknya. Mana tak nya berjalan sakan bawa sepupu dan juga blogger Sabah, Dian Munira pusing JB dan Pontian. Jadi driver la uols. Bawa kereta manual pula tu. Memang perit la kaki, badan, kepala, poket. Eh poket pun termasuk ke ? Haha. Biasalah kalau dah berjalan banyaklah yang keluar kannn. :p

Story cuti-cuti tu nanti Oshin masuk entry lain. Kali ni nak story hal demam je. Hee. Macam takde topik je. Lol. Petanda awal nak demam adalah sakit tekak yang perit. Masa tu dah boleh agak nak demam tapi masih gigihkan badan untuk bergerak ke sana ke mari. Bila dah sakit tekak mulalah nak batuk kan. Pasal tekak gatal dan cara nak hilang kenalah batuk. Hewhewhew.

Bila kerap batuk effectlah kepala. Sakit dia jangan cakaplah. Rasa nak melayang je bila bangun atau berjalan. Datang pula selsema menyibukkan diri. Haish memang parah sangat-sangat lah. Kemuncak sakit pagi Sabtu. Masa tu berbelah bagi sebenarnya sebab petang Oshin ada kelas kat UTM. Nak pergi ke tak pergi ek. Masa tu satu badan mencucuk sakitnya. Rasa memang tak mampu nak drive ke JB nun. Jadi buat keputusan SMS lecturer kabo yang tak dapat datang pasal tak sihat. Lecturer pun ok.

Kelas hari Ahad pun Oshin tak pergi sebab tidur tak menyedarkan diri. Haha. Yela tengah demam kan memang tidur lebihlah konon. Kena pula masa tu baru baca whatsapp lecturer kabo ada test. T_____T. Tapi memang dah lambat pun nak ke kelas. Nak drive memang tak larat jadi minta tolong kawan tanyakan lecturer boleh amik hari lain tak. Alhamdulillah lecturer benarkan. So, nanti Oshin tinggal inform kat dia bila nak amik test tu.

Lepas makan panadol, alhamdulillah kurang sikit sakitnya. Cuma masih lagi batuk dan selsema. Dah boleh drive pun. Hee. Doakan Oshin cepat sembuh ye. Amin.

4 ulasan:

Anum berkata...

take care

Cik Nor berkata...

moga cepat sembuh..take a rest yer..:)

msredcheesecake berkata...

bismillahi syafi... semuga sihat cepat...

KakNi berkata...

badan panas dalam agaknya