23 Disember 2013

Aktif Semula Laman Sosial ?

Assalamualaikum...

Alkisah Oshin dah deactive FB dan Twitter kan sebelum ni. Hampir 3 bulan rasanya tak aktif. So far, memang selesa sangat-sangat takde laman sosial ni. Bhahaha. Biarpun nampak outdated sikit dengan trend dan isu-isu latest, sekurang-kurangnya Oshin dapat kurangkan masa dengan kisah-kisah gosip dan perhati kisah kutuk-mengutuk dunia.


Tapi ada juga payahnya bila kawan-kawan yang melansungkan perkahwinan dan dapat zuriat Oshinlah orang terakhir tau. Haha. Dah tu memang dilupakan terus sampai tak dijemput. Takpelah kan. Apa nak buat bukan rezeki nak dapat jemputan. Boleh perhati juga kawan mana yang sedar kehilangan kita ni. Cewah. Macam lah penting sangat sampai orang nak ingat diri kita ni. Lol.

Kemungkinan Oshin akan aktif balik akaun FB awal tahun nanti. Cuma agak-agak feel tu takde lagi, close baliklah kot. Haha. Mengada betul nak on off akaun. Lempangkan saje. :p

Tengoklah nanti macam mana ye. Hope masih diingati kawan-kawan semua. :)

2 ulasan:

msredcheesecake berkata...

akk ada fb tapi jrg masuk... nak ping entry je masuk...hheee

Nurzakiah Hanum berkata...

ok