Pages

27 November 2013

Rasa Tekad

Assalamualaikum...

Adakah keputusan yang ingin aku ambil ini yang terbaik ?
Adakah sanggup aku menghadapi segala rintangan yang bakal jadi ?
Adakah aku sanggup merentasi segala dugaan ?
Adakah kuat untuk aku hadapi tentangan ?

Ahhh,
Kadang aku lelah,
Kadang aku rebah,
Aku tak kuat,
Aku tak mampu,
Hanya harap mereka memahami...

Bantu aku teman,
Redakan resah ini,
Redakan kegusaran di dalam hati ini,
Aku inginkan tangan untuk dicapai,
Aku inginkan bahu untuk bersandar,
Tatkala aku lelah dan ingin lelap untuk seketika...

MEREKA...
Tidak mengerti perjalanan kita,
Tidak ingin faham kepayahan kita,
Hanya mengarah untuk ikut telunjuk,
Tidak mahu dengar sebarang aduan,
Tidak mahu layan segala masalah dihadapi,
Ahhh,
Dunia mereka hanya politik semata,
Dunia mereka hanya keuntungan dunia semata,
Langsung tidak fikirkan kebajikan kita,
Hanya wang yang ingin dicapai...

Kerana mereka,
Buat aku tekad inginkan penghijrahan,
Buat aku tekad inginkan perubahan,
Buat aku tekad untuk pergi dari sini,
Semoga dipermudahkan...

...teman, aku perlu bahumu kini untuk bersandar..aku perlu telingamu untuk berkongsi cerita..aku perlu masamu untuk menemani aku walau sekelumit waktu..dimanakah kau teman...

2 ulasan:

Cik Nor berkata...

akak di sini eira..hihik

Unknown berkata...

orang lain takkan faham apa yang kita rasa.. be strong okay..