4 November 2013

Kenduri Akikah Ishqa El Medina

Assalamualaikum.

cilok dari blog mama Medina hehe

Hari Sabtu baru-baru ni Oshin dijemput untuk hadir ke rumah sahabat baik di Kluang. Suami pada sahabat Oshin ni pangkat bos la jugak. Sahabat Oshin pun satu tempat kerja dulu tapi dah berhijrah ke tempat lain. Beliau pun ada jual produk sendiri. Nak tengok boleh singgah ke blog beliau --> Nurin

Nama baby yang comel kat atas tu Ishqa El Medina. Sedap kan ? Kalau nak tau maksud kena tanya ibu medina lah. Hehe. Rambut dia memang lebat. Gambar ni masa baru lahir tapi itupun dah nampak lebat kan. Masa Oshin datang Medina tengah tidur. Majlis pun tengah berjalan masa tu. Oshin ingatkan dah habis sebab datang lambat. Rupanya tak habis lagi.

Duduklah kejap tolong buaikan baby. Cik Lisasuke pun ada. Hikss. Biasalah bila sekali jumpa gosip hal kerja sikit. Sebab sehari sebelum tu kami ada meeting bersama bos di tempat memasing. Jadi tanyalah apa-apa yang dibincangkan sepanjang meeting.

Dah siap makan dok borak-borak kejap la ngan kawan-kawan. Lepas tu bergerak pulang ke jalan benar. Hehe. Oh ya, Oshin pergi ke Kluang dengan dua orang jejaka poyo yang sama kerja. Siap kena jadi driver masa balik ke Pontian. Sungguh hampeh korang ! Haha. Apa-apa pun terima kasihlah sebab sudi teman Oshin ke Kluang tu. Kbai.

1 ulasan:

♥ nanurinos ♥ berkata...

tq kakak ira sudi dtg!siap tlg jage medina lg.mama bizi kemain..hehe.

Lebiu seterong!