5 November 2013

Jangan Kawan Dia...

Assalamualaikum,

Korang ada tak kawan yang suka cakap belakang ? Setiap orang mesti ada kan. Mungkin bukan kawan tapi mungkin juga ahli keluarga sendiri. Orang macam ni kadang memang sangat menyebalkan. Urghhh. Perit telinga dok dengar cerita buruk orang memanjang.


Bolehlah kategorikan talam dua muka. Bila depan orang ni bukan main sopan manis ayat dia. Tapi belakang orang kemain berbakul mengutuk. Hmmm. Tak faham sebenarnya dengan orang macam ni. Kenapa suka buruk-burukkan orang lain. Apa agaknya yang dia nak dalam hidup ni. Ermmm.

Pensyarah Oshin ada kabo jangan berkawan dengan orang macam ni. Sebab kerjanya asyik nak memburukkan orang saje. Nanti kehidupan kita dilingkari dengan aura negatif je. Jadi agak tak berapa baik untuk diri kita. Sebaiknya kita menjauhkan diri lah dengan orang macam ni. Kalau agak dia nak bukak mulut cerita keburukkan orang cepat-cepat cari alasan untuk larikan diri.

1 ulasan:

azizah :) berkata...

orang camni bahaya sbb nnt dia canang2 kisah kita kat org lain..