Assalamualaikum...
Kusangka panas berpanjangan,
Rupanya hujan menjengah di tengahari...
Kusangka perjalanan lancar,
Rupanya ada kesesakkan terjadi...
Kusangka mudah untuk digapai,
Rupanya perlu usaha yang lebih tinggi...
Kusangka sudah diterima,
Rupanya ditolak sejak mula lagi...
Kusangka hampir impian yang dicapai,
Rupanya ada halangan yang menghampiri...
Kusangka kuat untuk menepis,
Rupanya rapuh tatkala diuji...
Hidup memang tak sentiasa indah,
Berpijaklah pada bumi yang nyata,
Bersyukur dengan apa yang ada,
Jalani kehidupan dengan sederhana,
Ingatlah bahawa Yang Esa sentiasa ada.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan