“Kakak saya yang berkahwin pada 2011 sebelum ini terpaksa menggunakan wali hakim yang dilantik mahkamah syariah kerana gagal menjejaki ayah, kalau boleh kali ini biarlah ayah saya yang menjadi wali supaya dia dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa kandung,” katanya kepada Sinar Harian, semalam, Suzila berkata, dia dan adik beradiknya yakin bapa mereka masih hidup malah tidak pernah membencinya walaupun meninggalkan mereka sejak sekian lama.
“Ibu saya ada berkahwin lain dan mendapat seorang anak lelaki tetapi dia tidak layak untuk jadi wali kerana berlainan bapa kandung. “Malah saya juga tidak mempunyai saudara lelaki sama ada bapa saudara atau sepupu lelaki dari sebelah bapa yang layak menjadi wali, jadi saya tidak ada pilihan lain selain cuba mencari bapa kandung untuk dijadikan wali atau menggunakan khidmat wali hakim atas kuasa mahkamah syariah. Katanya, bapa kandungnya perlu hadir ke Mahkamah Syariah Perlis di Kangar sebelum 23 Oktober 2013 sebelum mahkamah membuat keputusan untuk membenarkan wali hakim atau sebaliknya.
Sumber : Lulu Pages
1 ulasan:
kesiannya dia...nak kawen susah nie...harap allah permudahkan jalan untuknya..amin
Catat Ulasan