16 Oktober 2013

Fun Time With Niece and Nephew

Assalamualaikum,

Hujung minggu baru ni Oshin stay rumah sepupu di Skudai. Memandangkan hari Sabtu Oshin ada kelas maka malam tu tumpang tidur di rumah beliau. Kalau perasan entry tentang kedai kek, Hairazi Creation, tuan punya kedai ni lah sepupu Oshin. Hehe. Eh, uols dah tau kan. :p

Anak-beranak kazen Oshin semua ada. Jadi mereka ajaklah mak buah dia ni jalan-jalan di malam hari. Destinasi ? Keinginan memasing untuk mengasah bakat lah. Bukan main memasing tunjuk bakat. Lepas geram pun ada jugak Oshin tengok. Hehe. Tapi seronok jugak lah. Sebelum ke destinasi di tuju, melangkah kaki ke Johor Concept Store (JOHO) bersebelahan Restoran Singgah Selalu di Danga Bay. Membasahkan tekak dulu di RSS dan kemudian menuju terus ke karaoke berdekatan Pejabat Iskandar Malaysia (plan asal nak ke Country Garden Home tapi tutup plak).

Memang ramai malam tu. Jadi kami book bilik Special Room. Memang special sangat bilik dia sebab ada toilet diletakkan dalam tu. Lampu ada 2 choice. Satu yang ala-ala romantik style, lagi satu dah macam disco pun ye jugak. Hehe. Ruang memang luas siap boleh lari-lari dalam tu. Nak golek-golek pun boleh. Jom lah layan gambar yang tak berapa nak banyak sangat ni.

Anak bujang sepupu (taken already)

Aksi kanak-kanak riang. lol

Peace yaw !

Sebelah Oshin tu bakal kaunselor (single ? maybe.. kah3)

3 siblings

Melayan diorang ni memang lah ting tong. Ketawa tak sudah. Pastinya Oshin yang dibuli walau hakikat Oshin ni mak buah mereka. Haha. Terima kasih sebab buat mak buah ni gelak ketawa walau dalam hati sebenarnya tengah gundah gulana. Semoga anak-anak buah ku ini akan jadi insan yang berjaya dan berguna buat mak, abah, keluarga, masyarakat dan agama.


1 ulasan:

Kisah Si Dairy berkata...

seronoknya oshin...