Pages

20 Ogos 2013

Retainer Lepas Braces

Assalamualaikum..

Seperti yang Oshin janjikan semalam, hari ni Oshin nak berkongsi cerita tentang retainer yang Oshin kena pakai lepas buka braces. Nak tengok retainer yang Oshin dapat ?

Untuk gigi bawah

Untuk gigi atas

Cantik tak ? Haha. Kalau pakai nampak putih je gigi. Padahal pakai retainer. Hehe. Oshin diingatkan doktor untuk pakai 8 jam sehari iaitu waktu tidur. Paling kelakar doktor bagi warning jangan nak mengelat ! Haha. Setahun yang pertama memang diwajibkan pakai setiap hari 8 jam. Kalau tak, rugilah bayar memahal tapi nanti gigi tak cantik. Jangan tak tau plak yang gigi kita ni bergerak tau. Cuma tak berapa nak rasa je la.

Lepas tu Oshin diberi satu benda ni untuk direndam dalam air. Kira macam cucian untuk retainer yang direndam lah.

Retainer Brite

Retainer sedang direndam

Memula pakai memang rasa kurang selesa tapi nanti dah tidur, bangun pagi rasa biasa je. Sebab bentuk dia ikut acuan gigi kan. Oh ya, Oshin nak kongsi sikit tentang retainer ni. Ia terbahagi kepada dua jenis :

1) RETAINERS KEKAL / PERMANENT RETAINERS

- Dipasang kekal pada gigi, sekiranya tanggal perlu datang semula ke klinik untuk diperbaiki

2) RETAINERS VAKUM / VACUM RETAINERS

- Digunakan setiap malam secara aktif dalam tempoh 12 bulan pertama. Dinasihatkan memakai setiap malam seumur hidup.

Oshin kena pakai yang kedua rasanya. Paling tak boleh blah ayat seumur hidup tu. Hoho. Jangan plak bakal suami tengok terus pengsan kang. Haha. Doktor memang suruh pakai time tidur je sebab kalau pakai siang takut nanti kita bercakap orang tak faham. Jadi dah semakin mudah sekarang kan.

9 ulasan:

Anum berkata...

x sakit ek

Anum berkata...

x sakit ke?

Cik Nor berkata...

sabarlah..nak cantik tak?hehe

oshin berkata...

anum : tak sakit pun :)

kak normi : oshin okey je pakai ni hehe

sitirohaida berkata...

dah lama tak jumpa doctor gigi nie...
huhu..teringin jugak nak pakai nie

amirnawawi berkata...

Banyak jugak proses ya lepas pakai bracess. iNgtkan camtu jer.. Leceh la kalau kena setiap malam nih. Saya nak pakai krim muka memalam pun payah. Lelaki la katakan..haha

Unknown berkata...

berapa upah utk buat braces ek?

oshin berkata...

kisah si dairy : buatlah hehe

amir : retainer ni untuk kekalkan gigi mcm lepas bukak braces..kalau tak jaga dia akan balik keadaan asal

ieda : oshin buat total rm4500 tapi bayar ansuran

Tanpa Nama berkata...

Kiranya retainer kena pakai sampai bila2 lah???