19 Ogos 2013

Alhamdulillah... Akhirnya Penantian Berbaloi !

Assalamualaikum...

Cerita raya tak update lagi kan. Tapi Oshin nak update dulu pasal ni. Haish akhirnya tiba juga tarikh keramat Oshin hari ni. Dup dap dup dap. Tarikh apa tu ? Kalau baca entry lepas mesti tahu pasal tarikh hari ni kan. Hehe.

Pagi tadi Oshin bukak braces !!! Hoyeaaa setelah 1 tahun 11 bulan Oshin pakai akhirnya masa dinanti telah tiba. Oshin mula pakai 19 September 2011 dan tak silap dalam penghujung Syawal. Sebabnya sehari lepas Oshin pasang tu ada pergi open house dekat Balai Polis. Masa tu mampu pandang je bila orang makan macam-macam. Hehe. Sebab tu ingat pasang time Syawal. Hehe. Hari ni bukak pun masa sambutan Syawal jugak. Wahhhh raya yang seronok lah ni.

Masa nak bukak tu Oshin ingatkan doktor keluarkan dawai dulu baru cabut satu persatu buckle. Rupanya doktor guna playar kerat dulu bucket yang pasang kat gigi. Sakit na'uzubillah. Nasib baik doktor letak kapas dan suruh gigit, sekurang-kurangnya tak lah sakit sangat. Kiranya lepas potong semuanya cabut sekali jalan je. Lepas tu doktor buat scaling buang plak yang ada. Meleleh-leleh air sekitar mulut. Rosak make-up ai ! Hahaha macam lah pakai make-up kan.


Orang lain amik gambar sebelum selepas ni bila pakai produk kecantikkan je. Tapi Oshin sebelum selepas pakai dan buka braces. Kahkahkah. Pun bolehlah kan. Lepas tu kawan-kawan kabo Oshin dah gemuk ! Yeaaa akhirnya nampak perubahan kan. Kalau tak asyik dapat komplen makin kurus saje. Haha. 

Orang lain pakai braces makin melidi tapi Oshin mengembang pulak. Apa rahsia ? Makanlah banyak-banyak. Hehe. Itu je petua Oshin boleh bagi sebab memang takde petua lain. Lepas dah bukak, doktor amik contoh gigi untuk buat retainer. Ada satu besi memang dah bentuk macam susunan gigi lepas tu letak ape benda ntah macam tanah liat. Letak kat besi tu lepas tu letak kat gigi. Bila dah dapat doktor akan buat terus retainer ikut susunan gigi yang baru ni.

Lebih kurang 4 jam dia buat retainer ni dan Oshin pun dah amik tadi cuma tak sempat nak amik gambar. InsyaAllah esok Oshin update pasal retainer okey. Jadi yang follow cerita braces Oshin ni dari dulu, rasa-rasa ada berani tak nak buat ? Hehe.

Terima kasih kepada Dr. Norzihan dan staff Klinik Makmur atas layanan dan sikap mesra sepanjang menjalankan tugas. Suka sangat dengan doktor yang baik dan ramah serta staff yang sentiasa lemparkan senyuman. 

Buat Duit Dengan Google Adsense
Buat Duit Dengan Youtube
Ebook Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi

3 ulasan:

Normi Nieza berkata...

yeayy..ira dah cantik...:)

Yan Ty berkata...

mesti dah cantik gigi dia.

Oshin , cantik la blog! ajar!!!!
Ada KL meh la umah Sabtu ni.

Oshin Kecik berkata...

kak normi : biasa2 je kak :)

yan ty : alhamdulillah lebih tersusun sekarang hehe.. boleh je nak ajar.. oshin pakai blogskin tapi kena edit sket coding... insyaAllah kalau berkesempatan :)