Pages

2 Ogos 2013

Kad Raya Dari Menteri Besar Johor

Assalamualaikum...

Balik kerja tengok banyak surat kat kotak surat. 1 surat abang Oshin punya, selebihnya untuk Oshin. Hehe. Jarang dapat sekali banyak. Tapi tak la banyak mana 3 je pun. Bolehlah kan.

Excited bila nampak tulisan Menteri Besar Johor. Akhirnya terpilih antara yang bertuah. Alkisahnya aritu terbaca Dato' Seri Khaled Nordin ada update status. Sesiapa yang jadi rakan Facebook dan follower Twitter boleh hantar detail kat dia untuk kad raya sebanyak 2000 kad. Oshin pun cubalah nasib hantar detail dan harap terpilihlah antara 2000 tu. Hee. Nah, akhirnya dapat juga. Happy iols.

DS Khaled Nordin, Menteri Besar Johor yang ramah, masih sempat luangkan masa untuk berbalas tweet bila ada kelapangan. Banyak berinteraksi dengan rakyat melalui media massa. Semoga Johor terus maju di bawah naungan DS Khaled. InsyaAllah.

Tiada ulasan: