Pages

2 Julai 2013

Top Search In Google

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Oshin dah selesai jalani kursus selama 4 hari di Subang. Keletihan badan sebab baru sampai malam tadi. Walau kecewa tak dapat pergi stadium Sabtu malam aritu Oshin tetap dapat tengok aksi JDT vs Kelantan pada second half. Kalah menang adat pertandingan kan. Yang penting penyokong JDT terbaik ! #Respect #TMJ #BoysOfStraits #JDT #LuaskanKuasamu

Sepanjang kursus Oshin hanya online guna henpon comel je. Paling tak sangka pageviews masa hari perlawanan tu mencanak naik. Pertama kali kot Oshin dapat setinggi tu. Dan tadi Oshin search kat Google pasal keywords yang selalu diorang guna dan apa yang Oshin tengok link blog Oshin yang pertama. Hehe. Sangat tak sangka !


Sejak game separuh akhir Piala FA keywords tentang JDT memang sentiasa jadi tumpuan. Seronok sebenarnya sebab semua orang perkatakan tentang JDT. Walaupun ramai jugak yang busuk hati dan anti JDT, kami tetap bersatu hati menyokong Johor. Terpulang nak maki ke hina ke , itu minat masing-masing dan tepuk dada tanya selera. Jangan asyik nak mengutuk, nak mengata, diri kita pun bukan perfect sangat.


Tengoklah pageviews untuk dua entry yang berkaitan dengan JDT. Masa ni Oshin percaya masing-masing nak cari lagu JDT kan sebab nak nyanyi bersama masa game hari tu. Hasilnya ? Meremang bulu roma tengok penyokong Johor yang bersatu hati masa tu. Sama-sama menyanyi untuk bagi sokongan kat pemain. Walaupun kalah namun masing-masing masih bersatu. Syabas Johor !


Hasil paparan untuk 29 Jun 2013 sebanyak 1411 views. Terima kasih buat yang menjenguk blog picisan ni. Nanti Oshin update la lagi tentang perkembangan Johor okey. Oshin LOVE Johor !

Win RM1,000 Malaysia Vouchers

3 ulasan:

Cik Nor berkata...

tahniah eira..:)

SheeLittleSunshine berkata...

terer laaaa main SEO hehee

SheeLittleSunshine berkata...

terer laaaa main SEO hehee