Pages

14 Julai 2013

Review Blog Melastik Bintang

Assalamualaikum...

Dalam beberapa hari ni Oshin ada terbaca status dari Melastik Bintang (MB) tentang rakan-rakan yang review blog beliau ada hadiah istimewa. Ehemm Oshin pun nak cuba juga masuk jarum. Eh, bukan nak mengurat MB walau dia bujang tiga tu. Haha. Jangan marah ye daddy Mr Ray.


Tengok saje banner MB nampak tak kekacakkan beliau. Haish ayat membodek saje. Haha. Tengoklah Mr Ray yang comel tu. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Eh credit untuk wife MB pun kena ada juga sebab lahirkan Mr Ray. Hee. Back to topic....

IMG-20130630-WA0001

Oshin perhatikan susun atur widget, iklan, entry dan menu-menu semua nampak menarik. Susun atur yang kemas, tak terlalu banyak dan merimaskan. Kebiasaannya lelaki memang suka yang simple kan. Kalau masuk blog MB pun tak loading lama. Smooth and steady kata orang.

Isi kandungan blog memang sangat-sangat memberi pengetahuan. Bersandarkan tema 'Parenting Blog' amat bersesuaianlah dengan status MB sebagai seorang suami dan bapa. Pelbagai tips boleh diperoleh dari blog beliau. Bagi ibu bapa yang baru mendapat anak/bayi bolehlah rujuk blog beliau sebagai rujukan dan menambah pengetahuan. Sharing is Caring kan. Tak silap Oshin, MB pernah diberi peluang untuk buat coretan di ruangan khusus dalam majalah Harmoni (kalau silap maaf ye MB). Hehe.

Dari segi penulisan, Oshin rasa semua golongan mudah membaca dan memahami isi kandungan yang disampaikan. Serta bersesuaian dengan pembacaan golongan belia, dewasa termasuklah warga emas. Penggunaan bahasa yang tepat, mudah dan jelas difahami memang perlu bagi sesebuah penulisan supaya pembaca tertarik dan selesa untuk membaca. Betul tak ?

Inilah sedikit sebanyak yang Oshin boleh katakan tentang blog Melastik Bintang. Personally, walau belum berkesempatan untuk jumpa empat mata, Oshin hormat dan respect dengan MB sebab beliau seorang yang sangat membantu bila kita minta pertolongan, tak sombong serta sentiasa memberikan perkongsian yang memberi ilmu dan pengetahuan baru buat kita semua. Jadi jangan segan-segan untuk melawat blog Melastik Bintang dan follow !

1 ulasan:

Melastik Bintang berkata...

thanx oshin..!