Assalamualaikum...
Pagi tadi Oshin ada appointment dentist macam biasa untuk braces. Alhamdulillah kiranya ni bulan akhir Oshin pakai getah kaler. Sobss. Sobss. Mesti rasa pelik sangat nanti sebab tetiba kosong je dalam mulut ni. Bukan bermaksud gigi tanggal semua ya. Haha. Dalam setahun lebih ni terasa ngilu, sakit, dilema tak boleh makan lazat dan enak, terasa gigi bergerak dan macam-macam pengalaman lagi.
Tak lama lagi lebih kurang sebulan lebih sikit Oshin akan buka braces. Tarikh yang dipilih 19 Ogos 2013. Amboi macam tarikh keramat pula kan. Haha. Lepas tu kena pakai retainer. Pengalaman baru lagi. Sesiapa yang nak buat braces ni kena ada semangat kuat. Awal-awal tu memang akan rasa sakit yang amat sebab gigi masih belum teratur kan. Nanti dah lama-lama akan hilang bila tengok gigi dah tersusun rapi. Yang penting buat braces niat jangan pula sebab nak cantik.
Ada je di kalangan orang sekarang gigi dah cantik tapi katanya nak bergaya sibuk buat braces. Kalau niat gitu jatuh haram hukumnya. Oshin buat braces pun bukan sebab nak menunjuk tapi berkaitan dengan keyakinan diri. Huhu. Kalau dulu Oshin segan nak bercakap dan berdepan orang ramai gegara gigi yang teruk. Sampaikan ada yang mengutuk dan pandang pelik setiap kali Oshin cakap. Sedih tau.
Tapi alhamdulillah sekarang semakin yakin dan tak segan lagi. Lagi gembira semua kos Oshin bayar sendiri tanpa minta bantuan keluarga. Memang tekad dalam hati kena pandai-pandai jimat supaya tak terlebih guna. Sekarang pun dah habis bayar jadi hati senang. Hehe.
15 Julai 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
kena selalu kuat ok
dah leh kawan ngn afiy coz dia pun dah jadi gigi besi...cian makin kurus dah..sbb xdapat mkn
Catat Ulasan