Pages

24 Julai 2013

REVEAL : Perubahan Memakai Braces

Assalamualaikum...

Emmmm nak tunjuk tak nak eh. Emmmm. Memang nak tunjuk tapi segan T___T.

Perubahan yang dialami sepanjang Oshin pakai braces. Bermula 19 September 2011 Oshin pakai braces dan kini menanti detik dan menghitung hari untuk buka braces pada 19 Ogos 2013. Eh baru perasan tarikh sama 19 ! Hampir dua tahun jugak la kan. Terasa cepat masa berlalu.

Bentuk gigi yang kurang tersusun

Masa ni jangan cakaplah segannya nak gambar nampak gigi T___T . Gambar ni pun Oshin simpan sebab suka tengok muka sepupu yang comel ni. Hehe. Sekarang dah besar dan sekolah rendah tapi tetap comel. Kan Oyid ? Hehe. Gambar ni tahun 2010 kot masa ke Nilai nak cari barang kahwin untuk abang Oshin.

Gambar ni pula diambil masa Oshin ke Singapore tahun 2011. Masa ni baru lagi pakai braces dan agak berterabur sikit pemakaian besi dan dawai tu. Nak senyum dan cakap pun teragak-agak. Tahap keyakinan diri masa ni memang sangatlah rendah.


Sekarang kemain lebar senyum bila bergambar. Gambar ni diambil masa Oshin ke Sabah kali kedua Januari lepas. Masa ni majoriti gambar memang ambil nampak gigi. Haha. Ye la gigi dah cantik memanglah senyum kena lebih. #Eh. Nanti tunggu gambar Oshin dah bukak braces eh. Kbai.

Robot FaceBook - Hamba Pemasaran Anda!
Follow Up Lelongan - Jangan Jadi Mangsa Feedback Negatif Di Ebay!
Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet

3 ulasan:

Anum berkata...

DAH CANTIK

Cik Nor berkata...

k..dah cantik..:)

precious cla berkata...

semakin yakin bila tersenyum heheh :p