Pages

20 Julai 2013

Pitam Dan Cara Kurangkan

Assalamualaikum..

Memandangkan semalam Oshin pitam dan sekarang pun rasa macam nak pitam lagi, maka Oshin nak kongsi dengan korang tentang PITAM. Hehe. Bukan HITAM ye.

Pitam boleh diklasifikasikan sebagai kekurangan bekalan darah ke otak untuk waktu seketika. Antara penyebab terjadinya pitam adalah :-

1) Berdiri tegak terlalu lama dalam cuaca panas
2) Terlalu letih, kelaparan
3) Tindak balas saraf terhadap kesakitan
4) Persekitaran yang sesak
5) Emosi

Tanda-tanda seseorang mengalami pitam seperti berikut :-

1) Muka pucat
2) Berpeluh sejuk
3) Denyutan nadi cepat tapi lemah
4) Rasa loya
5) Pening
6) Pandangan kabur

Kalau kita perasan simptom-simptom ini terjadi kepada ahli keluarga atau orang sekeliling, cepat-ceoat bagi bantuan kecemasan. Apa yang perlu dilakukan ?

1) Baringkan di tempat teduh dan udara bersih
2) Longgarkan pakaian yang ketat
3) Tinggikan bahagian kaki
4) Tenangkan dan beri keselesaan
5) Galakkan tarik nafas
6) Rawat semua kecederaan

Berdasarkan simptom-simptom yang Oshin senaraikan, memang itulah yang jadi semalam. Terus amik keputusan baring di bilik. Tapi sekarang ni pandangan kabur sedikit dan rasa pening. Harap janganlah pitam sebab Oshin nak masuk kelas petang ni. Huhu. Antara petua lain yang dicadangkan oleh kawan-kawan Oshin ialah :-


Digalakkan untuk makan sayur bayam, ikan bilis, hati ayam, kerang dan minum air masak banyak-banyak. Part kentut tu tak boleh pakai. Haha. Kalau tak larat cemana nak kentut. Betul tak ? Kahkahkah. Oh tak lupa makan kurma yang banyak khasiat tu. Tak sangka kawan baik Oshin, Mieza pun kena pitam juga. Haish ginilah nasib kita Mieza. Keding sangat sampai tak boleh kurang makan. Haha. Semoga kita kuat berpuasa hingga akhirnya. InsyaAllah.

Robot FaceBook - Hamba Pemasaran Anda!
Follow Up Lelongan - Jangan Jadi Mangsa Feedback Negatif Di Ebay!
Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet

2 ulasan:

Umi Nazrah berkata...

kadang2 disebabkan kurang darah merah jugak tu yg terjadinya pitam :D

Nadia Johari berkata...

knebanyak berehat..