Pages

19 Julai 2013

Batal Ke Tak Batal ?

Assalamualaikum...

Sebenarnya beberapa hari ni tekak Oshin nak makan mee rebus. Siap cari kat Google lagi resepi lepas tu print out. Nak cari kat mana ? Singgahlah blog Mat Gebu salah seorang otai untuk blog masakkan. Macam-macam ada. Takut korang je yang tak tahan tengok gambar makanan tu. Hehe.

Kebetulan akak Oshin baru balik dan Oshin cadanglah nak buat mee rebus. Lepas tu ayah cakap ada satu pek mee rebus kat dapur. Perencah dah siap lah. Oshin pun okay dan dalam kepala cuma fikir beli barang tambahan lain je. Lepas tu akak pun katalah itu pek untuk mee bandung bukan mee rebus. Hah ? Nampak sangat Oshin tak baca betul-betul. Haha.

Apa jadi ? Masak mee bandung je la. Haha. Bolehlah dari tak masak kan. Nak jadi cerita tengah masak tu tetiba Oshin rasa lain macam. Kepala rasa berat, mata kabur dan tangan rasa kebas. Oshin pun duduk lah kejap sebab pening kot. Dah agak okay masuk dapur balik sebab nak goreng tauhu. Betul-betul time nak masuk tu pandangan makin gelap. Eh tak boleh jadi ni memang kena rehat. Terus minta tolong ayah sambung goreng tauhu tu.

Oshin terus masuk bilik dan baring. Kuranglah sikit walau masih lemah dan terasa kebas. Tak silap Oshin kalau pitam batallah puasa kan. Tapi Oshin tak berbuka pun sebab dah dekat sangat waktu berbuka. Jadi puasa Oshin arini dikira sah ke terbatal eh ? Mohon pencerahan kawan-kawan yang tau. Terima kasih.

p/s : tengah pitam pun sempat edit gambar ni. Haha.

3 ulasan:

ary_lee berkata...

Tak btl lah kalau ary. Tp tgok jwpn yg lbh pakar^^

Cik Nor berkata...

kna tanya yg pakar tu..:)

Nadia Johari berkata...

kang jawab takut slh..baik tnya mak ayah ke..atau sape2 yang arif