10 Julai 2013

BE/CPUV metered

Assalamualaikum,

Setiap permulaan pasti ada akhirnya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kan ? Apa kaitan dengan tajuk ? Hehe pastilah dah tahu kan. Kalau jadi blogger ni dan daftar bersama Nuffnang,  entry tak pernah lekang adalah tentang Buffered Earning / Cost-Per-Unique-Visit. Ye dak ? Tapi mana-mana yang dah advanced mungkin dah bertukar ke adsense yang lain. Setakat ni Oshin masih setia bersama Nuffnang.

Kalau sebelum ni BE Oshin ada 6 dan sekarang dah metered satu jadi tinggallah 5. Alhamdulillah dapatlah terkumpul RM2.49. Sikit ? Pada Oshin dah memadai sebab bila kumpul bersama yang lain banyak lah nanti. Hehe. Cuma perlukan kesabaran yang tinggi. Okay ?


Iklan yang dah metered adalah Laneige Blogger Contest. Terima kasih buat sesiapa yang sudi klik iklan tu. Yang masih bertapak ada lagi 5. Sudi-sudilah tekan kalau singgah. Hehe. 


Selain tu ada juga tambahan dari CPC atau Cost-Per-Click campaigns. Kat sini nilai yang Oshin dapat sama je semua. Tapi kadang tu ada jugak tambahan lebih sikit. Depends juga pada orang yang tekan tu.


Alhamdulillah sejak cash out bulan Mei lepas, bertambah-tambah iklan bertapak dalam blog Oshin. Ini semua atas kepercayaan dari pihak advertisor yang sudi pilih. Oshin pasti ramai lagi yang terpilih kan. Kan beribu blogger kat Malaysia ni. Hehe. Kalau masih belum bertapak kat dalam akaun Nuffnang tu jangan risau. Sebab Oshin sendiri tunggu hampir tiga tahun untuk rasa sendiri pendapatan dari berblog ni. Kesabaran yang tinggi akan berikan kemanisan di akhirnya.

2 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

tahniah

Normi Nieza berkata...

banyak tu..alhamdullah..rezeki ramadan