15 Jun 2013

Selesai Dua Paper

Assalamualaikum,

Alhamdulillah minggu kedua final bermakna dah sudah dua paper. Tinggal lagi satu paper minggu depan yang mana perlu membaca beberapa bab. Kompem lah bukak buku mata terkatup. Haha. Itulah penangan zaman belajar. Oshin pasti semua pun alami benda yang sama kan. Sejak zaman sekolah pun macam tu apalagi untuk subjek membaca. Kalau bab mengira memang segar mata pasal subjek paling diminati.

Alkisah semalam jawab exam Oshin keluar awal kot. Rasanya orang lain tekun menjawab tapi Oshin dah siap jadi dari mengelak mengantuk tunggu masa habis Oshin amik keputusan untuk keluar awal. 45 minit awal rasanya. Heh macam budak pandai je kan. Astagfirullah.

Memandangkan dah amik cuti maka petang tu buat plan ke Bukit Indah bawak anak buah yang tinggal sorang kat rumah. Apalagi kalau bukan tengok wayang Man Of Steel. Oshin kasi 8/10 bintang pasal best sangat kot. Kurang dua pasal hero dia kejap nampak hensem kejap nampak tua bebenor. Ayah dia jugak maintain sepanjang cerita. Haha. Paling tak boleh blah bila anak buah kata muka hero ni macam GAY. Haha. Dah lah masa tu senyap je keliling sebab memasing tengah fokus tengok wayang. Gelak cover je la kitorang. Haha.

p/s : Esok masanya....

1 ulasan:

Normi Nieza berkata...

gud luck eira..:)