Pages

13 Jun 2013

Raya Tanggal Braces !

Assalamualaikum,

Ehemmm senyuman terukir sikit petang ni lepas agak emosi semalaman. Appointment Oshin sepatutnya jam 9.00 pagi tadi tapi terpaksa ditunda petang gara-gara ada meeting dengan pihak atas. Meeting suku tahunan pertama tentang aktiviti dan program yang dah dijalankan. Bincang masalah sikit dan borak santai apa-apa yang patut.

So tadi pergilah appointment macam biasa. Hari ni juga merupakan last payment yang Oshin kena bayar. Jadi selesailah hutang untuk buat braces ni. Lega sikit sebab boleh spend untuk study lepas ni kan. Alhamdulillah tahun ni walau hutang masih keliling pinggang tapi Oshin masih mampu untuk bayar satu persatu.

Macam biasa pilih kaler getah dan pilihan biasa juga warna pink dan purple. Sama macam appointment lepas just pasang kat besi untuk kasi rapat dan padat. Dan menariknya sebelum mula, doktor kasitau yang braces ni akan dibuka pada raya nanti. What ??? Raya ??? Oh sukanya sebab boleh makan tanpa rasa bersalah dan rasa terselit menyelit celah besi. Hahaha. Oh tak sabarnya !

Bak kata doktor, sakanlah adik ni bergambar raya ni. Siap ada sound kamera dia buat tadi. 'Bling~bling' Hahaha. Yes, doktor tak pernah buat saya takut tiap kali appointment. Hati terhibur je sampai kadang-kadang lupa rasa sakit tu. Mesti nanti rindu kat doktor dan staff Klinik Makmur.

p/s : Esok Oshin exam statistik. Doakan Oshin ye.

4 ulasan:

Cik Nor berkata...

wah makin cantiklah nnt...:)
gud luck..:)

oshin berkata...

biasa2 je kak normi :)
orang lain lagi cantik hee

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

wahhh mkin cun ler nnt

Unknown berkata...

tahniah...tahniah....makin berserilah lepas ini yer....

<a href="http://dihujungpen.blogspot.com/2013/06/blogger-hantu-diharamkan.html</a>