6 Jun 2013

Holiday to Universal Studios Singapore

Assalamualaikum,

Tak nak taip panjang-panjang. Just kongsi gambar dan sedikit penceritaan. Boleh kan ? Mesti boring baca blog ni sebab panjang sangat cerita. Hiksss.

Us at USS :)

We are happy family !

Family Oshin :)

 
Water Park Show (Superb !)

Transformers (Love Them!)

Cute + Sweet Cousins !

Cuba teka umur sepupu Oshin ni berapa ?

Hamek, semua gambar ! Haha. So far, Oshin seronok sangat kat sana walaupun semua permainan memang memerlukan anak tekak yang ekstrem. Boleh kata semua permainan Oshin jerit. Kahkahkah. Paling tak boleh blah masa naik bot dekat Jurassic Park Rapids Adventure. Memang awal-awal dah ada notis bagi amaran akan basah lencun so sesiapa tak nak basah boleh beli baju hujan harga $3. Kami slumber je tak beli walau dalam hati cuak akan lencun. Alhamdulillah Oshin tak kena sangat tapi sepupu lencun. Haha. Pengalaman kan Lisaa :)

Satu lagi yang menarik ride transformers. Serius macam kita dalam aksi tu pasal pakai 3D kan. Akibatnya sakit badan pasal terhentak-hentak. Paling Oshin ingat part jatuh dari bangunan tinggi. Pehhh real wa cakap lu. Banyak-banyak yang Oshin main, rasanya kat ride Revenge of Mummy paling thrill. Sebab ada part ride tu gostan ke belakang. Haaa masa tu tak macam senak pulak perut kan. Kejap depan kejap belakang. Lepas tu dapat pula part main selekoh tajam tak berhenti. Siapa baru lepas makan atau perut kosong komfem muntah. Hee.

Mungkin kami akan pergi lagi nanti sebab tak sempat nak rasa semua permainan. Sesiapa yang pernah pergi mesti tau dah rasa macam mana kan. Hee. Tiap kali bercuti Oshin mesti simpan niat bila dah kahwin nak ajak encik suami holiday pulak *berangan mak jemah over* Harap bakal suami tu tak menghalang lah ye. (macam lah ada calon kan)

1 ulasan:

cik amal berkata...

untung lahh.. teringin nk g sana :)