11 Jun 2013

Cincin Kesayangan Hilang...

Assalamualaikum...

Entry sebelum ni Oshin ada sebut kan pasal hilang cincin. Hmm. Sedihnya hati bila hilang barang yang kita sayang. Nak kata cincin orang bagi tak juga sebab cincin tu Oshin beli sendiri. Sebenarnya cincin tu ada pasangannya tapi dah dibagi pada orang lain la kan. Itu semua kisah lama dan Oshin pun tak la ralat sebab cincin tu jenis couple punya ke apa. Cuma Oshin memang suka sangat kat cincin ni.

Atas dia ada ukiran perkataan 'Love' dan 'Kiss'. Walaupun cincin silver tapi bukan jenis yang luntur atau cepat pudar. Tak silap Oshin beli tahun 2010. Harga murah je pun. Bila bagi kat ex lama tu, akak dia siap berebut nak pakai dan dia cakap harga cincin tu beratus. Kahkahkah. Oshin mampu gelak je sebab tak tercapai dek akal nak beli cincin harga macam tu. Ye la hubungan pun tak berapa nak komfem takkan la nak beli mahal-mahal sedangkan gaji tak la banyak mana. (Kedekut ek)


Oshin rasa tercicir masa nak ke toilet tengah hari tadi. Tapi bila dicari tak jumpa pula atas jalan. Jangan pula jatuh masuk lubang toilet. Erghhhh memang frust la kalau masuk situ. Huhu. Sayang punya pasal sampai rasa nak menangis bila ingatkan. Tetiba datang akal nakal bila cincin hilang maknanya nak dapat cincin baru kot. Haha. Entah siapalah nak hadiahkan kan. Lagipun birthday nak dekat ni. Hihi. *Just joking*

Bila tengok jari terasa kosong je. Hmmmm. Sabar lah duhai hati.

6 ulasan:

Vee Lea berkata...

Maybe bkn beri sbg hadiah bday but something else? Who knows. If you get what I mean :D Tabahlah Oshin :D Haha..

oshin kecik berkata...

@vee : alaaa nak kabo gitu gak tapi tak berani hahaha alhamdulillah kalau betul :p

Normi Nieza berkata...

sayangnya eira..huhu

oshin kecik berkata...

@normi : sedih sangat kak...kosong je rasa jari ni :(

[5rUs] berkata...

hehe kite plak baru nak kabo, baru jumpe balik 3 bntuk cincin kte yg misplace.. hehehehe
da dkt sbulan baru jumpe.. huhu

oshin kecik berkata...

@5-rus : alooooo kita gak yang tak jumpa..acane ni ??? nak nangis :(... dah la mengadu kat orang tapi tak dilayan...sobssss