4 Januari 2013

Tayar Pancit Da....

pagi ni berbaju kurung ayu sopan. berjanji pulak dengan kawan nak sarapan sesama. masa nak gerak pergi kerja Oshin terasa ada yang pelik pada tayar. so berhenti tepi tengok ada getah pemotong rumput (agaknyalah) melekat kat tayar. so Oshin tarik je la benda alah tu. then terus memandu.

masuk simpang Oshin dah rasa lain macam sebab kereta macam tak sedap. terasa lari-lari ke kiri kanan. tapi tak la expect apa walau hati tak sedap. sampai PJK ajak partner ikut sekali pergi sarapan. on the way tu tergelek anak ular pulak. huhu. so dah sampai kedai macam biasa sambil makan sambil bergosip. haha. dah siap makan ada pakcik tu kabo tayar pancit. masa tu dah terdetik mesti akibat Oshin cabut getah tu. kebetulan kat kedai tu ada sorang mamat ni. dulu pernah Oshin buat entry tentang dia. haha.

so dia lah yang tolong tukarkan tayar spare. mungkin sebab hal lama kami tak boleh nak bercakap macam orang dah lama kenal. haha. nasib baik ada dua kawan sekali. tak la rasa pelik sangat. lepas tu pergilah kedai yang dia syorkan tapi tak bukak lagi. so balik PJK dulu dan kerja macam biasa. tengahari balik rumah rehat-rehat, date kejap ngan boipren (Lee Dong Wook - Strong Heart), makan dan solat. nak gerak pergi kerja tu ayah ajak pergi kedai tayar tempat biasa kami pergi.

so kat situ Oshin tengoklah apa yang pekerja tu buat. ingatkan nak tukar satu tayar je. sekali ayah cakap ngan tauke tu tukar empat sekaligus. tapi kasi yang besar sikit. wahhh sukalah hati dapat tukar tayar baru. haha. actually Oshin memang dah niat nak tukar tayar tahun lepas cuma tak tau bila. kebetulan dah jadi macam ni terus tukar sekali. paling ohsem ayah tolong bayarkan. hihi. baik kan ayah kita :D

tengok pekerja tu bukak tayar, keluarkan getah, ganti tiub, buat balancing, pam tayar. pendek kata semua cara lah nak tukar tayar. ni berangan nak buat sendiri lah kalau jadi ape-ape. haha. tapi yang tak syok mengantuk woo masa tunggu. kena plak angin sepoi bahasa memang layu je mata. huhu. tapi takkan la nak tidur kat situ plak kan. orang lalu lalang jatuh saham ai okeh. kahkahkah. so tauke tu kasi free tiub pam tayar tu. total semua dalam RM520. thanks ayah !
 

3 ulasan:

aQu Mad berkata...

baiknye ayah awak :)

MAY berkata...

Setengah ribu tau!!!huhu..sll tgk hubby tkr tyr dgn spot rim mesti hbs ribu punye..

oshin kecik berkata...

@aqu mad : baik kan ayah kita hihi

@may : oshin tak tukar rim jadi murah sket la haha rim memang mahal..lagipun kete oshin kecik je tu yang murah kot :D