Pages

31 Disember 2012

Holiday To Vietnam : Last Day


lama betul nak tunggu Oshin abiskan sesuatu cerita kan. ermm. gitulah gamaknya. jenis pulak Oshin ni bukan reti nak buat draft ke ape. lagi suka taip terus publish. kalau masuk draft entah bila nak pandang lagi. so alang-alang tunggu mood banyak baru update cerita yang tertangguh.

so last day kat Vietnam pagi-pagi lepas sarapan kami dah melepak depan hotel tunggu kedai bukak. macam biasa dari hotel kami berjalan kaki ramai-ramai ke Ben Thanh Market. kebanyakkan kedai tak bukak lagi atau baru nak bukak. masuk-masuk dah berhenti kedai pertama. mak-mak dara dok sibuk cari sarung bantal la, alas meja la, cadar katil la. tak silap murah lagi lah berbanding kat Malaysia. harga ? Oshin dah lupa. haha.

lepas tu masuk la ke kiri kanan depan belakang pasar tu. memang banyak gila kedai. rambang mata tengok jualan diorang kat sana. tapi kat sini kalau rasa tak nak beli janganlah pepandai nak tawar menawar. kalau da tawar lepas tu korang tak nak beli memang dia pegang tangan korang tak nak lepas. harga dia pon boleh tahan tinggi berbanding tempat lain yang Oshin pergi.

siapa yang pandai menawar bolehlah ke sini. Oshin ni tak berapa nak pandai menawar tapi ayah pandai. tapi kekadang tu geram jugak sebab baju dahlah nipis kainnya tapi harga jejak RM45 sehelai. memang lah tak nak amik kan. cara nak mudah kalau tawar kat sini, kasi lah harga serendah yang mungkin. sebab dia akan kasi harga memang tak masuk akal. dah tawar menawar sampai puas hati baru amik. kalau dia berkeras korang acah lah kekonon nak angkat kaki ke kedai lain. kompem dia setuju lepas tu. hee.

tapi kekadang tu korang tak berniat pun nak beli tapi tetiba dia tarik tangan kita soh masuk kedai. haaa. cepat-cepatlah tarik tangan pastu blah. seriau jugak jalan kat sini. tapi jangan risau. diorang takdelah sampai guna kekerasan semata-mata nak suruh kita beli barang dia. paling kurang tarik je. lagi satu peniaga kat sini majoriti pandai berbahasa melayu. bangga tak bila orang luar pandai cakap bahasa ibunda kita. so impressed kan ? tourist guide kitorang sendiri berbahasa melayu. thumbs up la kat depa.

 Butik menjual jubah, telekung dan baju kurung

dah penat berjalan dan menanti waktu check out jam 12 tengahari waktu tempatan kami melepak kat kedai jual baju ni. kedai ni dipunyai oleh warga Champa. bawah kedai pakaian atas ada restoran. Oshin jamin makanan dia memang lazat. rasa macam makan kat Malaysia. sejam jugak duduk melepaskan lelah kat tingkat bawah ni sementara menanti waktu kedai makan tu bukak. duduk-duduk gitu pun mak-mak dara sempatlah shopping sebungkus dua lagi baju kurung. hehe.

dah siap makan -> balik hotel -> naik bilik -> sumbat barang-barang yang dibeli -> tutup zip -> kunci beg -> turun lobi -> timbang beg -> sesi bergambar -> naik bas menuju ke airport. memori indah buat Oshin untuk tahun 2012 sebab holiday kat luar negara. haha. lepas tu simpan niat dah tiap tahun mesti nak pergi luar negara. mak aihhh macam berkepuk je duit dalam bank kan. haha. tak salah simpan impian kan.
macam penerbangan pergi rombongan yang saing ngan Oshin naik Vietnam Airlines. penerbangan dijangkakan jam 2.45pm waktu tempatan. dah sedap duduk dalam flight plus mata tertutup sebab mengantuk walau tak jalan lagi tetiba dalam setengah jam lepas tu kapten buat announce flight delay. pehhh. sentap hati Oshin. turun balik kat balai pelepasan dengan muka tak berapa nak ceria. penerbangan kitorang delay ke 4.30pm. nasib baik tukar kapal terbang lain walau jenama yang sama. hmmmm.

terkena pulak Oshin duduk depan budak yang jakun macam tak pernah naik kapal terbang. ada ke patut di tendang-tendang kerusi Oshin lepas tu nak bukak tutup benda alah tempat makan tu pun nak ganas-ganas. hati ni panas dah tapi malas nak buat kecoh. satu pengalaman menarik masa dalam flight time makan sorang steward ni (ensem uols) tanya Oshin nak air apa. Oshin cakap lah orange juice. tapi Oshin tak pasti dia tak dengar ke apa. tetiba Oshin tengok dia tuang RED WINE. nak kasi aku mati ke apa minum wine tu. pehhh. terus terkedu Oshin pandang dia. eh hello takkan Oshin pakai tudung nak kasi arak ? lepas tu dia kata bila tanya Oshin nak red wine ke Oshin tak bagi response. eh mamat ni. rasa nak debik pon ada. grrrr (terus tak ensem time ni) haha.

so penerbangan selama 2 jam. awan kat Vietnam yang cerah menjadi gelap gelita sebaik sampai di udara KL (sebab dah malam kan). suasana yang tak berapa nak hujan kat Vietnam, basah lencun jalan raya kat Malaysia akibat hujan. sampai KLIA lebih kurang jam 7.45pm. Siap imigresen, angkut beg terus cari bas untuk bawa kami pulang ke pangkal jalan. heh ! so dalam jam 9pm kami bertolak pulang ke Pontian. paling menyedihkan malam tu tak dapat tengok game bola Malaysia Vs Thailand :(

sampai Pontian lebih kurang jam 1.30 pagi. lepas kemas sikit-sikit dan buat apa yang patut Oshin terus tidur sebab pukul 5am dah kena bangun nak gerak ke Segamat pulak pukul 6 pasal ada kursus. haaa gigih tak Oshin balik cuti terus bekerja. gigih lah jugak sebab drive sendiri ke Segamat tu tapi ada lah peneman sepanjang ke sana. tapi masuk-masuk kelas terus blur. hahaha. maafkan saya encik T.T

2 ulasan:

Dkna Abza berkata...

panjang cite... ape2 pon dkna ucap selamat tahun baru:)

maszull berkata...

assalamualaikum oshin...seronoknya dpt jenjalan ke sana...:)