Pages

30 November 2012

Holiday Mood !

cuti sekolah dah bermula kan. jangan ingat budak sekolah je bersuka ria cuti sekolah. orang dah keje pon boleh ye. haha. tapi perit sikit lah sebab terpaksa berkorban cuti yang seciput tu. kalau sebelum ni boleh lah tambah replacement leave banyak-banyak sebab bekerja hari bercuti kan. tapi sejak keluar arahan baru memang harem la nak apply banyak-banyak.

holiday Oshin untuk yang pertama adalah minggu depan. actually plan ni bawah koperasi yang mana ayah Oshin salah satu dari anggotanya. memang every year diorang ada buat trip untuk ahli-ahli. kiranya macam family day la. so tahun ni diorang decide nak ke Vietnam. hamboi oversea u ! jeles tak ? kah3

memula tu Oshin macam berbelah bagi nak pergi sebenarnya sebab ongkos tak berapa nak cukup la. actually boleh je nak bayar kan tapi fikirkan duit tu simpan sebab nak renew roadtax ngan insuran maka pendam saje lah dalam hati. so bila ayah tanya Oshin tak la bagi keputusan sebab takut kata pergi tapi tak dapat bayar. tapi kan. tapi kan. bertuahnya diri bila ayah kata nak sponsor. ngeh3. adalah rezeki ayah sikit kan dan memang dia dah niat nak belanja kami bercuti. sayang ayah !

so insya Allah perjalanan Oshin ke Vietnam pada minggu depan hari rabu malam. lepas tu pulak memandangkan Air Asia ada buat promosi tiket murah (kononnya) Oshin pon survey la kan. pastinya destinasi yang jadi pilihan Sabah. kah3. padahal bulan 3 lepas baru je pergi kan. tapi memang Oshin simpan niat nak ke sana lagi pasal tak puas la 4 hari aritu. so inilah hasilnya yang Oshin survey beberapa hari lepas.

ni baru book tix untuk pergi je. balik tak tau lagi bila. ini pun hasil perbincangan dengan akak Oshin. target nak stay seminggu la kat sana. hope nanti dapatlah tix murah time balik dari Sabah. hihihi. sukalah adik-adik kat sana pasal kami nak datang. tak gitu cik Dian and cik Anis. kah3. macam biasa sila sediakan plan terbaik untuk kami di sana nanti ea. kah3.

so apa yang menarik agaknya kat Vietnam eh. sesiapa yang pernah ke sana boleh tak bagi tips atau link mana-mana website untuk Oshin explore tentang Vietnam. ataupun korang ada tulis entry pasal perkara menarik di Vietnam ? meh kongsi ngan Oshin.
JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

3 ulasan:

Dkna Abza berkata...

selamat bercuti :)

Noor Atikah Ramli berkata...

selamat bercuti . bestnye nk pegi vietnam ^^

fizalinolie berkata...

Wah! Bestnya jenjalan ke Vietnam. Jaga diri di tempat orang ek! terutamanya benda2 penting. Hehe.

Apa-apa pun, selamat bercuti dari Fiza sekeluarga.

Entri terkini : 100 TEMPAT PING ENTRI

Keep in touch :)