19 Oktober 2012

Bila Masalah Datang ....

fewittt lama dah tak menconteng atas blog ni kan. ceh menconteng la sangat *tddmka*

sebenarnya kan...bukan tak nak hapdet ke ape. tapi saje nak bagi u ols terasa kehilangan Oshin. eh. terasa ke ? hahaha maaf terlebih kata. biasalah Oshin kan suka merapu untuk pembuka kata. konon nak menceriakan suasana. ceh padahal ceriakan hati sendiri. hehe.

so bila masalah datang apa yang biasa kita buat. sama ada kita hadapi masalah tu. atau kita biarkan masalah tu tanpa diselesaikan. atau kita menambah lagi kepada masalah yang sedia ada ? semua orang ada cara memasing dan penyelesaian yang tersendiri kan.

Oshin jenis bila ada masalah akan berkongsi dengan kawan atau pendamkan bila rasa masalah tu tak dapat nak diluahkan kepada sesiapa. tapi bila pendam sorang-sorang terasa bebanan yang amat sangat. hmmm. tapi ada kan sesetengah masalah yang kita tak mampu nak kongsi dengan sesiapa pon. kira rahsia hati la konon. hihihi. cuma yang Oshin tau bila masalah tu da setel barulah Oshin akan story kat kawan yang rapat.

bila dalam masalah Oshin akan berfikir sorang-sorang lepas tu pendam sorang-sorang. biasanya kalau nak bercerita Oshin lebih prefer mintak pendapat dan cuba kaitkan dengan masalah tu. so Oshin akan dapat cara penyelesaian dan motivasi dari orang yang mendengar masalah tu. haha. ramai sebenarnya yang sudi dengar bila Oshin cerita masalah ni. sebab tu Oshin sayang korang. *hugs*

jadi kalau ada masalah dan kita rasa tak boleh nak selesai sendiri carilah seseorang yang boleh berkongsi rasa dan pendapat bersama kita. tapi kawan masa kita senang memang mudah dicari dan kawan masa kita bermasalah hanya segelintir saje. tapi jangan pulak kawan yang dengar masalah tu jadi kawan yang tikam belakang. bila dengar masalah kawan tu di sebarnya ke orang lain dan memalukan kawan tu. haaaa yang tu tak baik okey. ingat hukum KARMA !
 

1 ulasan:

Anum berkata...

betul tue kadang2 kt perlukan pihak ketiga