16 Oktober 2012

Sabar Oshin Sabar

sabar... sabar....

tak tau nak kabo cemana perasaan ni. pergi jalan sensorang tadi memang la okey je. macam biasa jalan tak pandang kiri kanan. kalau ada yang kenal pon komfem Oshin tak perasan. hahaha. memang pesen macam tu kalau jalan sendiri. tak hirau keadaan sekeliling. macam dunia sendiri la kan.

nak cite pasal tadi tapi perasaan kurang enak sekarang. tak tau la kenapa on the way balik hati rasa tak tenteram yang amat sangat. sepanjang jalan baca la ape-ape yang patut untuk hilangkan kegusaran dalam hati. sampai umah tengok baju yang dijemur basah lencun akibat hujan. uwaaaa abislah guwe...

so kenapa Oshin kena bersabar. ni akibat terlalu banyak benda yang perlu dikorbankan untuk bulan 11 dan bulan 12. terutama dari segi kewangan. bulan 11 nanti Oshin kena renew roadtax ngan insuran baby kesayangan tu. lepas tu ada pulak kursus tahunan untuk kerja. lepas tu bayaran hutang-hutang lagi tiap bulan. lepas tu projek yang Oshin handle pon guna duit sendiri. homaiiiii.

bulan 12 pulak ada lagi kursus. walau dekat JB je tapi 3 hari u ols. kebetulan ada percutian family jugak. balik je dari percutian esoknya dah kena pergi kursus. jemputan kawen jangan cakap la. dah bersusun dalam diari Oshin ni. yang wajib pergi dan stay 2,3 hari pon ada. aduhai. dengan kawan yang baru dapat baby lagi. uwaaaa. takkan la nak datang dengan tangan kosong kot. lebih-lebih lagi bestie Oshin.

memang dah nak hujung tahun ni kena ikat perut abis-abisan la. bukan bermakna Oshin diet dari segi makan ye. tapi dari segi shopping yang bukan-bukan. tadi pon kata je shopping tapi beli barang keperluan je pon. dah berniat nak beli kasut tapi tahankan lepas congak dalam kepala duit yang tinggal tak boleh dibelanjakan. sabar je la.

1 ulasan:

EPIK berkata...

sabar2...utamakan yang penting dulu...dh settle sume tu, sila sambung shopping semula...heheh :)

Katil Elevator Di Ruang Tamu