17 Julai 2012

Tolong Jadi Staff Yang Beradab !

kisahnya pagi tadi Oshin hantar adik untuk ujian kecerdasan . so parking bawah da penuh kiri kanan . Oshin parking la kat kawasan Klinik Kesihatan L***** . memandangkan masa tu kereta tak banyak lagi so Oshin parking kat kawasan sudut supaya nanti tak menghalang lalu lintas . then baru la teman adik pergi mendaftar .

disebabkan masalah kesihatan adik tak dapat melalui ujian kecerdasan . lebih kurang jam 8.30 pagi kitorang pun nak gerak balik . sampai tempat parking tengok kereta kena block . kalau kereta tu parking ke belakang sikit memang komfem Oshin boleh keluar . tapi ni langsung tak boleh nak selit . kalau selit gak memang calar balar ler kereta .

so Oshin pun pergi la masuk ke Klinik Kesihatan untuk mintak tolong buatkan pengumuman . salah sorang staff kat situ tolong buatkan . masa tu ada 2 kereta yang block . satu driver ni dah alihkan tapi yang menghalang habis ni memang tak datang-datang . Oshin pergi pulak ke Klinik sebelah . mintak tolong staff nurse muda ni . bila ditanya macam nak tolong . tapi dia buat tak tau je . sibuk kemas kad . bukan lama pun mintak tolong . buat bodoh je . sangat tak beradab ! Oshin dah macam tunggul berdiri tunggu dia buat announce tapi sampai ke sudah langsung tak pandang muka Oshin . lepas tu pergi satu lagi meja mintak tolong . dia buatkan announce . tapi still takde yang bangun . staff yang SOMBONG tu ada sebut tu bukan kereta staff . so Oshin budget orang luar punya kereta .

Oshin pun pergi la kat tempat adik sepatutnya buat ujian kecerdasan . kot la owner kereta ada kat sana . dah buat announcement still takde lagi yang datang alihkan . u ols tau tak berapa lama Oshin tunggu ? dekat 2 JAM . 2 JAM tau ! bukan 2 minit , bukan 20 minit ! sape tak angin kan . akak Oshin suruh call polis mintak bantuan . haaaa . Oshin pon apa lagi . terus call balai berdekatan .

polis datang naik van . boleh tahan kacak la 4 orang polis yang datang tu . lepas nampak van polis barulah staff-staff Klinik Kesihatan sibuk keluar nak tengok apa jadi . masa tu semua nak cakap tu kereta staff . bila Oshin datang sorang-sorang semua macam buat bodoh je kan . time polis datang baru terhegeh-hegeh nak datang tanya  . WTF la (ni memang hangen abis) . dah la tak mintak maaf . sibuk nak cakap itu parking staff . padahal takde pon tulis PARKING STAFF ! pesakit yang datang ramai-ramai pun parking bersepah . nak jugak salahkan Oshin parking kat kawasan staff . lain kali kalau tak nak orang parking kat situ tulis kat pintu pagar masuk tu besar-besar KENDERAAN ORANG AWAM TIDAK DIBENARKAN PARKING DI DALAM KAWASAN KLINIK KESIHATAN !

memang sampai ke sudah langsung takde perkataan MAAF ! Oshin pun bukan hadap sangat tapi sekurang-kurangnya berbudi la sikit . ni Oshin yang kena mintak maaf kat diorang . depan polis baik la korang . time polis takde semua BERLAGAK ! memang Oshin PANGKAH la KLINIK KESIHATAN L***** ni !

2 ulasan:

Rai berkata...

L**** tu mana eh? hahahah..biasanya klinik kesihatan yg saya pegi mmg ada parking utk org awam dalam kawasan klinik..parking staff tu asing dan ada sign nya..

terukla perangai sorang2..kalau jadi lagi kes mcm ni tak payah tunggu sampai 2 jam..15-20 minit terus call polis..biar kena angkut..padan muka..

Oshin berkata...

haha tempat dirahsiakan...tapi memang menguji kesabaran la..padahal ramai je nampak Oshin ulang-alik cari pemilik kereta tapi semua buat tak tau..langsung tak nak tolong...