Pages

27 Julai 2012

Braces Lagi Dan Lagi

appointment Oshin pada Selasa baru ni . tapi hari ni baru nak hapdet . kalau tak balik je appointment terus ngadap lappy . adoiyai . maaf la lambat kasitau perkembangan perubahan gigi Oshin . hihi . ada yang nak tau ke ? terima kasih la pada yang selalu follow perkembangan Oshin pasal braces ni .

Oshin terfikir sebelum buat treatment ni . batal tak puasa kalau pergi buat treatment . so Oshin ada tanya pandangan blogger yang pernah pakai braces iaitu Ezmaliza . dan beliau katakan boleh je yang penting jangan sampai tertelan air sudah ler . lagipun tiap kali doc buat treatment assistant akan bantu sedut air liur yang berkumpul . jadi takde masalah kalau banyak sangat air dalam mulut .

so Oshin pilih kaler purple dan pink untuk kali ni (macam takde kaler lain je) . Oshin risau sebenarnya sebab bulan lepas kan ada pasang reverse curve . masa tu dah tak tahan sakit bila pasang . apatah lagi bila nak cabut kan . tak terbayang sakit nya . tapi doc cuma bukak getah kaler je kat gigi atas ni . tapi doc cakap nak pasang reverse curve kat gigi bawah pulak . peh . terus kecut perut la masa tu . tak nak dah rasanya teruskan . huhu .

Oshin memang pejam mata la kali ni . serius tak tahan ler sakit masa doc pasang . tapi awal-awal doc mintak maaf kalau sakit sebab memang leceh sket kalau pakai dawai ni . reverse curve ni pasang kat gigi bawah sebab nak turunkan lagi kedudukan gigi . yang atas pulak nak naikkan lagi . sebab ikut kedudukan gigi asal gigi atas dengan gigi bawah Oshin bercantum . kalau gigi yang normal sepatutnya tak bercantum bila gigit . nanti sakit lain pulak yang kita dapat . next month kalau ok pakai macam biasa la . tapi kalau kurang sempurna dia akan pakaikan palet (agaknya kot) kat bahagian gigi tepi atas dan bawah .

doc kata kalau pakai ni boleh menyebabkan percakapan kita kurang lancar . tapi tengok dulu macam mana bulan depan . harap-harap semua okeh la . kali ni meleleh jugak la air mata . haha . tapi da masuk 10 bulan dan tinggal 8 bulan je lagi nak abiskan semua ni . bersabar . bersabar .

2 ulasan:

Anum berkata...

banyak kesabaran kan

oshin berkata...

sangat.....tapi bila nampak makanan da tak pk sakit sanggup tahan hahaha