7 Jun 2012

Makin Ceria Hidup Aku

wah tajuk macam orang dapat boipren baru je kan . eh silap . bukan dapat boipren tau . Oshin masih kekal sendiri alone ranger je sekarang ni . belum masa untuk DIA sain borang dan kasi cop kat Oshin . kita tunggu je la DIA luluskan ye . (ayat ni dapat dari Novel Dapur Wawa) .

alkisahnya PC yang Oshin pakai sekarang ni da berbulan-bulan bisu . langsung tak keluarkan bunyi apa-apa . bila ada problem macam biasa la format terus . haha . kerja paling mudah kan . bila install driver ada pulak yang tak boleh nak install . CD driver yang dibekalkan tak sesuai dengan spec PC ni . maka diam membisu seribu bahasa la jawabnya .

nak dipendekkan cerita kan . beberapa minggu lepas PC ni tetiba tak boleh connect Internet . dah cuba tukar plug pun masih sama . so Oshin andaikan port dia problem . dah buat report datanglah kontraktor bawak barang . rupa-rupanya Motherboard problem . lepas tu dia da setup dia tanya kenapa driver tak cukup . Oshin pun jujur la cerita kat brother ni masalah yang jadi .

brother ni pun menurukan ilmu . rupanya Oshin boleh dapatkan installer driver kat website Dell secara PERCUMA . eh lupa nak bagitau . pc Oshin ni jenama DELL . bukan Oshin punya pun . haha . lepas brother ni balik , Oshin pun download dan install driver . lepas da install terus cuba . tersenyum la Oshin bila pc ni telah mula bersuara . wakakaka .

apa lagi terus la Oshin klik SiNI dengar lagu best-best dan klik SiNi untuk berkongsi dengan u olls dan menang macam-macam hadiah menarik ! dah tak sunyi lagi hidup Oshin kan . weeeeeeeee . trimas SuriaFMonLine .

Tiada ulasan: