27 Jun 2012

Doc Salah Pasang Dawai ?

cerita seram neh . heeeeeee . seram tak seram la . tapi agak seram buat Oshin ni . pagi tadi Oshin pergi kerja macam biasa . tapi lepas tu ingatkan nak ke bank uruskan adik Oshin yang nak bukak akaun . lepas punch in Oshin keluar la . memang target dalam sejam je .

masuk kereta Oshin tengok phone . ada 2 misscall . tengok number dari klinik gigi Oshin . pelik gak neh apsal tetiba dia call . padahal semalam kan da buat treatment . Oshin call balik (nasib baik line da tak kena barred) . Oshin tanya ada hal apa call Oshin . staff klinik kata datang klinik sebab ada nak buat something . Oshin dah risau . kenapa pulak neh .

sakit yang semalam tak hilang lagi neh . da setelkan urusan adik Oshin terus pergi klinik . nasib baik dekat je ngan bank . jalan kaki sudah (jimat minyak) . so sampai klinik Oshin tanya nak buat apa eh . boleh pulak kakak tu buat seram . " haaa adalah nanti . tunggu dan lihat je " ceh lagi menakutkan adalah .

lepas nama dipanggil Oshin masuk bilik biasa . doc cakap dia tersalah pasang dawai . terkejut jugak . doc kata semalam balik dia baca buku . then baru perasan dia salah pasang dawai untuk gigi atas Oshin . yang Oshin kata reverse coil ke ape ntah nama dia . doc cakap dia nak tarik gigi Oshin ke atas supaya nanti dia boleh buang bite razor kat gigi bawah ni . tapi semalam dia pasang dawai untuk buat gigi Oshin makin ke bawah .

so kenalah ubah sikit . tapi rasanya tadi dia tak tukar dawai lain . cuma tambah bracket kat gigi Oshin . tapi sakitnya hanya Tuhan je tau . tadi da terlintas jugak dalam hati nak cakap ngan doc . boleh tak nak berhenti treatment . haha . sebab memang kecut tak hengat la masa tu . time tu pulak keluar lagu Anak Kampung . apa lagi menyanyi la doc ngan assistant dia . huaaa . air mata Oshin da meleleh ni . doc boleh nyanyi lagi . aduyai . tapi nak hilangkan takut tu Oshin nyanyi jugak la dalam hati . wakakakaka .

harap bulan depan tak rasa lagi macam ni T____________T

2 ulasan:

Anum berkata...

CIAN OSHIN MESTI SAKIT KAN

Oshin berkata...

meleleh air mata huhuhu