25 Mei 2012

treatment braces lagi...dan lagi...

eh lupa pulak nak hapdet pasal braces. da sebulan rupanya masa berlalu. sangat cepat kan. dah nak abis bulan 5 dan nak masuk bulan 6. ehem. ehem. jangan lupa bulan 6 ye. hihi. ada apa. tungguuuuuuu.

ok masuk cerita ok. sebenarnya treatment oshin hari selasa baru ni. ingatkan balik tu nak hapdet tapi broadband Oshin tersangat la menyakitkan hati. nak loading punyalah lama nak tunggu. huhu. jadi tertangguh sampai la Oshin teringat nak hapdet arini. hihi.

treatment kali ni tak berapa nak sakit sangat la. takde tarik-tarik macam bulan lepas. kali ni lebih rilek cuma dawai untuk gigi belah atas ditukar kepada yang lebih tebal. then kali ni Oshin pilih kaler purple dan pink sekali lagi. tapi kalau tengok takde pon nampak getah kaler tu. sebabnya letak sikit je. mungkin doc nak kasi gigi rapat cepat kot. tak silap oshin kalau letak getah tu kat bucket melambatkan pergerakkan gigi.

paling Oshin tak tahan kalau doc tekan gigi. masa tu hanya Tuhan je yang tau peritnya. tapi kejap je la. haha. konon kontrol macho la tahan sakit kan. muahaha. sekarang ni masih ada jarak lagi kat gigi Oshin. agak-agak korang nak tengok tak perubahan gigi Oshin dari mula-mula pakai braces dulu ?

psstttt....balik treatment pergi breakfast kat McD yang baru bukak seminggu. hihihi

1 ulasan:

::CIK LYNN:: berkata...

dlu tgk kwn cik lynn cm sksa je nk mkn kalu bru wat treatment ni...