27 Mei 2012

musim mengawan dah tiba...

hai korang...buat apa hujung minggu ni ? melepak kat rumah saje atau dapat jemputan menimbun-nimbun...nak tau oshin buat ape ? meh oshin story mory walaupun korang tak sudi nak baca kan. haha.

umur da macam oshin ni komfem la ramai kembar-kembar sama umur yang melangsungkan perkahwinan. bukan takat yang kembar umur, yang bawah umur, yang terlebih umur, semuanya nak kawen. oshin je tak kawen-kawen. haha.

don't worry. oshin tak kisah pun (tapi dalam hati nak kawen). so memandangkan ramai yang melayangkan kad jemputan dan sudi invite dalam FB, oshin kenalah buat keputusan terbaik. cewah. macam buat keputusan ape je kan. majlis bukan lah dekat-dekat semuanya. dari utara, timur, barat, selatan, barat daya. semuanyalah ada. huhu.

memandangkan oshin single nih. kawan-kawan pun da ramai kawen dan tunang. maka oshin kenalah pergi jemputan kawen sendirian. tak caya ? kene percaya. oshin pergi kenduri kawen SEORANG DIRI. segan tak segan la kan. tapi nak buat macam mana. kawan yang da kawen komfem pergi dengan suami, yang da tunang pergi ngan cik tunang tersayang, yang ada boipren komfem la pergi ngan cik abang kan. maka oshin sendiri saje la. haha.

mau nya tak segan orang pandang pelik. tapi nak buat macam mana. takkan kita nak tangkap muat je orang temankan. kot la orang tu da ada perancangan dia. takkan sesuka hati oshin nak suh dia cancelkan. dari menyusahkan orang, lebih baik menyusahkan diri sendiri. haha. tak gitu ?

ape-ape pun oshin nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat kawan-kawan yang telah selamat bertukar status. minggu depan nak pergi jemputan blogger pemes. sape ??? mestilah cik Miss Toink Toink (MTT). yeahhh. sape yang dapat jemputan boleh lah kita jumpa kat sana nanti. InsyaAllah.

1 ulasan:

cik atie berkata...

aarggghhhh... nak kawen jugakkkk... hahaha...