Pages

18 Mei 2012

pengalaman temuduga



alkisahnya semalam Oshin pergi temuduga dekat Shah Alam. surat panggilan sampai rumah hari Isnin baru ni. so memandangkan tarikh temuduga pada hari Oshin bekerja terpaksa burn satu hari cuti lagi. berkorban untuk apa saja. cewah.

so da prepare apa-apa yang patut angkut la masuk kete. jangan tak tau, Oshin drive alone dari Johor ke KL. mungkin ada antara korang nampak benda ni biasa kan. tapi bagi Oshin memang satu cabaran la. sebab sebelum ni kalau ke KL Oshin akan naik bas. tak kira la apa urusan sekali pun. ni pertama kali sendirian.

dan lepas waktu kerja dalam jam 6 petang, Oshin gerak ke kL dan menuju rumah abang kat Sunway. malam tu pulak tak boleh tidur sebab dengar bunyi angin kuat. sangat tak lena. pukul 6 lebih dah bangun bersiap-siap. keluar rumah lebih kurang 7.30 pagi. memang tak jauh tapi terpaksa tempuh jem sikit dan nak cari jalan ke tempat temuduga. alhamdulillah Oshin berjaya jugak walaupun sendiri redah :p

Oshin sampai tepat 8.30 pagi. ramai jugak tengok senarai. ada 21 orang yang dipanggil. giliran Oshin yang ke-15. ingatkan takde la lama mana. tunggu punya tunggu calon pertama masuk bilik temuduga jam 10 pagi. lepas tu dekat 20 minit. calon kedua masuk dekat 25 minit. bayangkan la turn Oshin yang ke-15 pukul berapa. dengan perut laparnya. hadoi. dekat jam 1 tengahari baru 8 orang masuk bilik temuduga. hahaha. kesian tak ?

sesi petang mula pukul 2. dapatlah kami memenuhkan isi perut yang kosong sejak pagi. dah petang tu barulah penemuduga suruh masuk 2 orang sekali. itupun amik masa 20 - 25 minit. sabar je la. akhirnya turn Oshin jam 4 petang. nak tau kena soal ape ? hahaha dia tanya Oshin siapa nama Sultan Selangor dan Sultan Johor. kebetulan masa duduk borak ngan kawan-kawan lain, kitorang ada borak pasal nama-nama Sultan ni. alhamdulillah boleh la jawab. ada jugak soalan lain. tapi ni yang Oshin rasa paling suka kot jawab. wakakakka.

calon lain semua lebih berpengalaman dari Oshin. peluang tu mungkin sangat tipis. tapi orang kata tak salah nak mencuba kan. ada rezeki InsyaAllah dapat lah Oshin kerja tu. amin.

2 ulasan:

Noor Fatin berkata...

xpenah pergi interview lagi. hoho xtau la mcm mana nti kan. heee

jemput join giveaway ini. ;) tarikh tutup: 7 jun 2012!

http://anakmama89.blogspot.com/2012/05/topup-giveaway-by-noor-fatin.html

::CIK LYNN:: berkata...

insyaAllah, kalu ada rezeki oshin, ada la tu...=)