Sebagai hamba Allah yang hina, kita memang tak sempurna. Betul tak ? Kalau ada yang mengatakan dia PERFECT. oh pelissss. hanya Allah yang sempurna dari semuanya. Manusia semuanya tak sempurna walaupun dikatakan manusia adalah sebaik-baik kejadian.
Tipulah kalau setiap dari kita tak pernah melakukan dosa. Paling kurang terdetik kat hati sikit pun cemburu dengan kejayaan orang lain dah kira satu dosa (betulkan kalau salah). Apatah lagi kalau buat yang besar-besar macam merompak, membunuh, berzina, menipu, mengumpat dan lain-lain yang seangkatan dengannya.
Setiap dari kita pasti ada melakukan kesalahan. Kan ? Jadi dalam menentukan pasangan hidup jangan lah kita meletakkan satu standard ciri-ciri yang kita idamkan. Sebab ? Kalau kita tak dapat apa yang diimpikan pasti terbit satu rasa yang tidak sepatutnya hadir dalam hati. Contoh : Kita idamkan lelaki yang hensem macam Aaron Aziz atau secantik Fazura. Tapi yang muncul tak seindah diimpikan. Awal bercinta dan berkahwin semua PERFECT. Tapi bila dah lama-lama mulalah buat hal dan mengungkit yang tak sepatutnya.
Aaron Aziz
Nur Fazura
Sebelum meletakkan ciri-ciri untuk pasangan kita, cermin dulu diri kita sendiri. Jangan melabel seseorang itu tak layak untuk kita sedangkan kita tak mengenali peribadi dia yang sebenar. Mungkin bagi orang lain dia tak layak buat kita hanya kerana masa silamnya yang agak kurang baik. Tapi manusia boleh berubah kan.
Kalau kita yakin mampu untuk bersama dia di kala susah dan senang. Mengapa tidak pertahankan hubungan tu. Kecualilah Allah dah tetapkan dia bukan jodoh kita. Oshin boleh menerima seseorang walaupun hidupnya tak seperti yang dibayangkan. Tapi si dia pun kenalah terima Oshin seadanya. Manusia tak sempurna kan :)
2 ulasan:
terima la seadanya dan bersyukur dgn apa yang ada kan
Tiada manusia yg sempurna di dunia ini kecuali Rasulullah swt :D
Catat Ulasan