hidup ni penuh dengan dugaan kan. macam-macam benda yang kita perlu lalui. Tuhan menguji ketabahan dan kesabaran kita sepanjang diduga tu. entah kuat atau tidak untuk kita tempuhi. selagi kita diuji itu bermakna Tuhan sayangkan kita. DIA nak tengok ketaatan kita pada DIA.
tak semestinya kita diuji dengan dugaan yang berat. sebagai contoh kehilangan orang yang kita sayang. kita kehilangan harta benda. ada juga yang diuji dengan dilimpahkan pelbagai rezeki. DIA nak uji sama ada kita bersyukur dengan pemberian-Nya atau kita terus hanyut dan riak serta takbur dengan semuanya.
diri Oshin sendiri pernah diuji terutama di alam percintaan. bercinta bagai nak rak tapi bila DIA kata itu bukan jodoh Oshin maka nak tak nak Oshin kena lepaskan walaupun terpaksa. Oshin yakin ramai yang pernah lalui benda yang sama. ye. memang perit untuk lepaskan seseorang yang sangat kita sayang. tapi kalau DIA kata TAK BOLEH memang takde la jawapannya.
lepas tu Oshin ditemukan lagi dengan yang lain. situasi yang sama cuma jalan yang dilalui berlainan. tiada jodoh antara kami. semakin hari semakin banyak yang Oshin pelajari. belajar untuk redha, pasrah, tawakkal, berserah. sehingga kini Oshin masih berserah pada DIA tentang kehidupan Oshin terutama dari segi jodoh. Oshin tau DIA dah sediakan seseorang yang terbaik untuk Oshin cuma mungkin belum tiba masanya.
Oshin pernah diduga putus cinta ketika menghadapi Final Project masa belajar dulu. betapa payahnya Oshin harungi masa tu. tapi dengan bantuan kawan-kawan dan keluarga Alhamdulillah Oshin berjaya jugak. dan siapa sangka sebulan lepas tamat belajar Oshin terus dapat kerja. YE ! Oshin bersyukur kerana ALLAH sentiasa ada untuk Oshin. tapi Oshin sering alpa dan lupa pada DIA. betapa hinanya Oshin sebagai hamba-Nya.
hari ke hari Oshin berfikir tentang dosa-dosa lampau. Oshin bersalah pada DIA. Oshin bersalah pada semua orang. Oshin simpan rasa benci, dendam, sakit hati, menyampah dan segala sifat buruk terpendam dalam hati ni. malunya Oshin pada semua. Oshin bukan insan yang sempurna. Oshin cuba berubah kepada yang lebih baik. Oshin cuba mengikhlaskan segalanya. tapi sebagai manusia yang tak sempurna, seringkali gagal dalam mengawal segalanya.
Oshin perlukan kekuatan untuk ubah semuanya. Oshin tau untuk berubah perlukan masa dan tidak boleh secara drastik. semuanya harus bermula dari diri Oshin sendiri. Oshin kena rajin bertemu dengan-Nya. Oshin kena sentiasa bermohon pada DIA. Oshin kena selalu berdating dengan DIA. segalanya hanya pada DIA. tapi Oshin malu. malu sangat-sangat. sebab terlalu banyak dosa yang Oshin dah lakukan.
masih adakah tempat Oshin di sisi DIA, ALLAH yang SATU ?
1 ulasan:
insyaallah
Catat Ulasan