10 April 2012

just friend



Bagi seorang kekasih/tunang/isteri pastinya satu perasaan tak dapat dielakkan bila pasangan berbual/berborak/bercakap/pandang/menjeling pada gadis lain. CEMBURU. Betul tak gadis-gadis sekalian ?

Oshin pun gadis jugak. Pernah jugak ada boipren. Tapi jenis Oshin selagi kami belum ada ikatan Oshin tak berhak menghalang dia berkawan dengan sesiapa saje. Of course dalam hati cemburu u olls. Tapi kita ni siapa nak over-over gedik marah bagai dia nak borak pon. Mak bapak dia pon tak marah okeh. Nape kita pulak yang terhegeh-hegeh nak hentak kaki sampai lebam-lebam bagai.

Oshin pun jenis kawan dengan sesiapa saje. Tak kira la kaya ke kurang kaya seseorang tu. Janji boleh dibuat kawan dan takde aksi sentap-menyentap perasaan. Macam-macam jenis kawan Oshin jumpa. Jenis jujur, tikam belakang, tikam batu. Segala jenis ada lah. Sampai tahap tak percaya kat orang pun ada dah :p

Tapi masalah yang Oshin hadapi bila pasangan kepada kawan-kawan Oshin ni macam suka cemburu tak tentu pasal. Nak kata Oshin menggedik over takdela pulak. Siapa yang kenal Oshin tau la perangai gila Oshin ni macam mana. Kira minah paling POYO la kot. haha. Kawan macam biasa tapi cemburu diorang tahap petala 13 kot. aduhai.

Memang sejak sekolah dulu Oshin lebih prefer kawan laki banding perempuan (jujur abis ni). So memang mudah la baik dengan kawan-kawan laki yang lain. Kadang-kadang ada yang mintak pendapat Oshin tentang masalah diorang. Kena pulak Oshin suka cakap lepas dengan diorang. Takde cover-cover punya. Oshin pun jenis yang tak amik port la kalau kena tembak depan-depan. Maksud Oshin gurau kasar. Takde nak sentap-sentap punya. Sebab tu kami mudah berkawan kot.

Sepanjang berkawan Oshin memang TAK PERNAH simpan perasaan pada kawan-kawan ni. Pernah la luah kat sorang ni tapi NO ANSWER (bukan milik orang ye) hahaha. Benda dah lepas tak payah dikenang ye tak. So don't worry la buat sesiapa yang BF/TUNANG/SUAMI yang berkawan ngan Oshin. I'm NOT INTERESTED having scandal with your partner EXCEPT as A FRIEND 

EX-BOYFRIEND are NOT INCLUDED
(sampai bila-bila pun tak boleh kawan macam dulu)

2 ulasan:

MiSzy DiaN berkata...

kenapa saya terasa di sini yaa? hahaah

Cik Adieb berkata...

Kawan tetap kawan,cinta tetap cinta.Melalut lah pulak sy