19 Mac 2012

encik cicak mengada-ngada


alkisahnya sabtu baru ni oshin, akak, akak ipar dan aunty oshin merewang kat dapur macam nak raya. gara-gara permintaan nenek oshin suruh masak sambal goreng untuk orang jauh. huhu. kami ni ikutkan je la walaupun awalnya plan nak ke Johor Premium Outlet (JPO) cuci mata.

tak celik mata lagi dah kene panggil suruh pergi pasar. uwaaa. kesian tak kami. haha. yang datang tu cuma 2 orang je. tapi bahan yang disuruh beli untuk satu taman. tempe disuruhnya beli 30 bungkus. pehhh. tak beragak korang. kitorang dengar pun terkejut. tapi layan kan je la.

jadi lepas barang-barang semua da ada kami semua singsing lengan baju (pakai t-shirt je pun) mulakan tugas. tapi bukan lah satu lauk tu je kami masak. tugas oshin hari tu siang ikan untuk digoreng, kopek udang kecik untuk dibuat sambal goreng dan siang udang besar untuk masak lemak cili api. sampai luka-luka jari oshin. haha.

tengah syok-syok kopek udang tetiba ada benda terpercik kat oshin. ingatkan udang tu hidup melompat. sekali tengok kat tangan oshin ada cicak melepek jatuh dari siling atas. apa lagi. menjerit bagai nak rak la oshin. aunty oshin pun ikut jerit sama. peh tak macam geli la pulak kan kena macam tu. mengibas-ngibas tangan nak cicak tu pergi. sekali melompat pulak atas kaki. adoiiii. nasib baik kat tangan takde pisau. kalau tak ada yang kena libas sampai terbelah-belah. hahaha.

pehhhh binatang yang oshin paling geli la yang suka melekat kat tubuh badan nih. haish. dulu kecik-kecik lipas naik badan. la ni cicak pulak buat hal. adoiyai. pergilah jauh-jauh binatang oiiii.

3 ulasan:

Anum berkata...

argg gelinya

azam berkata...

adoi, nasib baik tak jatuh dalam kuali

azam berkata...

adoi, nasib baik tak jatuh dalam kuali