11 Februari 2012

percutian keluarga 1


mari mulakan cerita...

3 Februari 2012

9:00 malam : bermulanya perjalanan oshin sekeluarga ke Bangi
menuju ke rumah pakcik untuk bermalam

4 Februari 2012

10:00 pagi : perjalanan ke Penang bermula
berhenti di R&R Sungai Buloh untuk bertemu abang oshin sekeluarga
dari sini kami bergerak dengan 3 buah kereta

2:30 petang : berhenti untuk makan tengahari di Hentian Gopeng (x silap la)
pening kepala menghadap jammed
tapi tak teruk sangat rasanya

4:30 petang : tiba di Hotel Gurney penginapan oshin dan family
jalan kat Penang lagi pening dari jalan KL ngan JB
driver dia memang kureng sket la...huhu
jalan untuk 1 lane boleh jadi 2 lane

6:00 petang : lepas membersihkan badan kami keluar berjalan-jalan
singgah ke kedai untuk minum petang kononnya
pekena passemboq, roti sardin, mee goreng mamak dan air macam-macam

8:00 malam : meneruskan perjalanan ke Batu Feringghi
jalan lebih teruk dari mula-mula sampai
dekat sejam lebih jugak perjalanan

lebih kurang jam 9:30 malam baru tiba. (x ingat nama tempat)
yang penting singgah kedai makan abang kepada akak ipar oshin
dia jual char kuey tiow yang memang sedap
memang tak puas dapat 1 pinggan
hahaha

dah siap makan we oll jenjalan kat night market plak
memang rambang mata tengok jualan
rasa nak membeli tapi tak tau nak beli apa
lagipun badan letih sangat
otak tak leh nak berfikir

lebih kurang jam 12:30malam baru sampai hotel
memang letih yang amat
sampai hotel tukar baju semua terus zzzzz......

Tiada ulasan: