22 Februari 2012

mudahnya tergoda


hanya berbekalkan paras rupa
kacak dan jelita
gadis dan bujang dengan mudah terjerat dalam percintaan
lelaki yang kacak berbekalkan kata-kata manis
gadis jelita berbekalkan wajah dan tubuh badan

petik jari pasti berduyun datang
letak DP kat FB
berduyun-duyun friend request
kenal tak sampai berapa saat
terus declare untuk berkasih-kasihan


bila da lama kenal
barulah pecah tembelang
lelaki kacak rupanya seorang playboy
memasang awek keliling pinggang
mainkan hati dan perasaan gadis-gadis yang lurus
gadis jelita pula rupanya mengambil kesempatan
mengikis sedikit demi sedikit harta sang lelaki yang setia
bila si lelaki mula merungut
terus meniggalkan tanpa rasa bersalah


kurniaan dari Tuhan yang sempurna
tidak digunakan dengan sebaiknya
malah menyalahgunakan sehingga berlakunya perbalahan
hinggakan kadang kala sampai tahap membunuh diri
Astaghfirullahalazim
mintak dijauhkan dari kita semua
jangan terlalu bangga dengan kecantikkan diri
takut memakan diri satu hari nanti

2 ulasan:

Cik FaRiZaM berkata...

:)

aimaniman berkata...

sebab tu kita kena bersyukur dengan rezeki dan kelebihan yang Allah berikan,.. jangan mudah hanyut dengan pujian dan godaan kan...