10 Januari 2012

my dad my chef

hype !

tengahari tadi oshin kebulur tahap tak ingat oke. so dengan gagahnya drive kete balik umah yang amik masa dalam 20 minit. itulah ukuran hari-hari pergi keje. lebih kurang 40 minit la kan.

so tengok atas meja ada ayam goreng semalam. adik oshin masak tapi tak abis. jadi dengan menahan kelaparan oshin setelkan masak nasi dulu. of coz la pakai letrik rice cooker okeh. hihi.

then amik bawang merah, bawang putih, lada merah, lada hijau. da siap kupas potong halus-halus. so tengah memotong tu dengar la ayah oshin balik umah waktu rehat. masuk dapur tanya ada lauk tak. oshin cakap nak masak ayam kicap.

panaskan kuali. ayah pegang sudip. oshin tengah basuh pisau dan lain-lain. ayah masukkan minyak dan tumis semua bahan. haaa. kalau macam tu maknanya ayah oshin jadi CHEF arini. ngeh3. seronok ada ayah yang pandai masak. campak la ape je dalam kuali atau periuk. memang sehingga menjilat jari u olls.

so makan dengan selera la tadi. kene pulak ayam kampung. agak liat untuk gadis braces macam oshin nak kunyah. tapi sebab lapar sangat kunyah jugak pelan-pelan. tambah pulak ada serunding yang spicy. pehhh. meleleh wa cakap lu !

Tiada ulasan: