Pages

13 Disember 2011

waktu rehat 2 jam ???

assalamualaikum..

haish semalam oshin tak dapat hapdet ape-ape. satu hari penuh dengan aktiviti. haish. letih badan. malam tadi pon tido awal. uhuks.

pagi pagi bangun kene anta adik ke Spa. ye la orang nak kawen kan. kenela wangi wangi kan badan. haha. tapi sebelum tu pegi pejabat pos dulu. lepas tu dia setelkan cek hantaran. lepas tu baru anta ke Spa. then kononnya nak pergi servis baby. yela da sampai masa untuk di servis.

tapi bila sampai sana staff kat kaunter kata oshin takde buat appointment. eh, padahal da call agent before tu. rupanya staff tu tak buat catitan. haish. da kene adjust ke waktu lain. lepas di pk2 oshin buat keputusan pukul 3 baru anta servis. coz ada hal lain oshin nak uruskan.

memandangkan perut da berkeroncong tahap tak ingat. oshin pergi la sarapan dulu. ajak kazen ngan adik laki oshin. lepas makan mak call suruh datang ofis anta kad jemputan. lepas tu kebetulan adik oshin da siap Spa. da amik dia oshin terus ke jabatan imigresen. oshin nak buat passport sebab nak ke Singapore next week. ngee.

borang memang oshin da print dulu. lepas anta borang da proses buat bayaran. dalam resit kata lepas sejam boleh la amik. tapi memandangkan jauh nak ulang alik oshin duduk je la kat situ. tapi sayangnya staff yang jaga tu boleh pulak pergi rehat lama gile. dekat 2 jam menunggu. padahal selama ni waktu rehat 1 jam je kan untuk jabatan kerajaan. hangin betul.

oshin pergi la kaunter tanya staff tu lama lagi ke. sorang staff tu cakap kejap lagi dia masuk. oshin cakap nak dekat 2 jam tunggu nih. selamber badak dia tanya 'Abis tu awak nak komplen ape?' hangin tak kalau korang dapat soalan macam tu. dia ingat oshin ni budak muda tak berani nak buat komplen kat orang atas. silap besar la. cakap nak berlagak ngan orang kan.

dia tak nampak agaknya dalam ruangan tu da macam pasar. semua orang tunggu staff yang rehat 2 jam tu. kalau pun ramai staff takde ko pandai pandai la adjust waktu rehat. standby la orang lain untuk jaga. dah la oshin penat ke hulu hilir. dengan kejar masa nak g servis lagi. last last pukul 3.30 baru oshin anta servis. nasib baik orang tu tak marah.

da abis servis adik soh anta ke butik pulak. sebelum tu pegi piza makan dulu. baru nak senang senang hati makan, orang butik call soh datang cepat. spoil betul la. apsal semua orang nak menyusahkan oshin semalam. grrrrr. sakit betul hati !

2 ulasan:

Anum berkata...

hari yang bz tue namanya

Hana berkata...

perancangan yang tersusun tapi penat gak klu cm2