Pages

7 Disember 2011

terima kasih atas kepercayaan encik

assalamualaikum...

oshin nak kongsi ngan korang nih. tapi belum pasti sebenarnya. cuma peluang tu ada la dalam 60% dalam tangan. ingat tak oshin ada citer pasal sorang staff dari satu company yang call oshin untuk job tu. tadi encik tu ada call. so dia tanya la apa yang oshin tak faham.

bila dia da terangkan serba sedikit tentang job scope oshin dapat lah gambaran keje sebenar. so encik ni pon cakap la dia yakin yang oshin boleh buat keje nih. dia memang nak bagi peluang kat oshin untuk keje tu. so dia mintak oshin buat research sikit pasal keje tu dan buat satu portfolio.

bila oshin da buat nanti dia tolong yakinkan pihak berkaitan untuk terima oshin. so far memang oshin berdebar. tak sangka encik tu yakin dengan oshin. rasa terhutang budi sangat. so oshin kene buat yang terbaik supaya tak kecewakan encik tu. huhu.

seandainya rezeki tu memang ada untuk oshin insyaAllah tahun depan oshin akan berpeluang untuk merasa suasana pekerjaan yang baru dan lebih mencabar. terima kasih encik !

Tiada ulasan: