assalamualaikum..
oshin nak kongsi bercerita dengan korang. kisahnya terjadi pada hari rabu baru ni. tarikh : 7 Disember 2011. dua hari yang lepas la. tak lama pon. cuma arini baru oshin nak bercerita.
al kisahnya macam ni. hari rabu tu ada program kat tempat oshin dengan satu jabatan kerajaan. oshin memang da ready la awal walaupun keje seorang. kan partner oshin tengah pantang. sebab tu oshin keje sorang. kawan lain sibuk kursus dan partner memang kene keje jugak kat tempat diorang.
memang dalam sejarah untuk bulan ni la oshin datang awal giler. pukul 7.45 pagi da terpacak depan ofis. haha. giler cepat tak ? so masuk ofis da punch sume oshin pon on semua pc dalam ofis. lepas tu oshin terpandang kat server. dua modem blinking. maknanya internet tengah problem. so oshin praktikkan la macam yang pernah di ajar kontraktor sebelum ni.
tapi masalah masih sama jugak. masa tu da gelabah call sana sini. tapi tak berangkat. yela. kontraktor yang handle masuk kol 8.30. mesti la kosong lagi kan ofis. so oshin call member, Afif sebab dia keje kat sana. then dia tolong report kan pada kawan kat ofis. dekat 8.30 tu peserta program da sampai. tak tenang hati oshin nih. adoi.
oshin call la sesapa yang berkaitan dan mintak tolong. memang gelabah gila la. then dapat info masalah ni akan di refer pada syarikat modem tu. diorang kata da hantar orang untuk tengokkan. dekat sejam oshin tunggu tapi tak sampai. oshin call balik staff tu mintak nombor. bila call asyik masuk voicemail. peh menyirap tak hengat ok. oshin terus call boss kat JB.
boss tu pon call staff bawahan dia tanya mana staff yang patut pergi tempat oshin. dia call pon tak dapat. last last diorang anta orang lain. masalah mamat ni pulak bila berat gila mulut. oshin tanya banyak kali baru nak jawab. lepas dia cek kat server oshin dia ada sebut kabel kene curi. then dia kuar. oshin tanya nak ke mana. dia cakap pergi cek tiang depan.
oshin kuar la tengok dia pergi cek tiang tu. tapi dari jauh. lepas dia cek, masuk kete terus blah. eh, ape kes mamat nih. tak cakap ape ape terus blah gitu. oshin call dia tanya ape kes. dia cakap la kabel kene curi. oshin nak marah tapi kawal sebab ramai orang kan. oshin tanya kenapa main blah je tak cakap ape ape. bila masalah nak setel. dia cakap saya pon tak tau. tunggu la nanti saya report kat ofis nanti diorang yang buat tindakan. sabar je la.
program tu pulak buat setengah hari je. malu gila oshin dengan staff yang handle tu. dah la baik giler diorang nih. semua benda tanggung. oshin cuma sedia tempat je. urmm. petang tu oshin duduk la menghadap pc main game. sorang sorang pulak tu. budak yang datang komfem tak nak guna sebab takde internet. haish.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan