sambungan part 4....
macam entry sebelum ni, oshin ada bagitau kan. kat entrance kita boleh amik gambar bersama jurufoto yang disediakan. masa tu kami eksyen tak nak amik gambar kat situ. haha. sebab ramai yang tengah tunggu turn. so kami masuk di bahagian berkumpul bersama tourist guide. di sini kami dibahagikan mengikut kelas dalam kad. oshin sorang sorang la kat bahagian 1st class dengan pengunjung lain. kawan oshin dalam grup 3rd class. hihi. mula mula tu cuak gak. ingatkan bergerak secara berasingan. rupanya dia bagi penerangan tentang perbezaan class dan kelebihan serta kekurangan bagi setiap class. bangga jap sebab dapat 1st class. ngee. jangan marah ye azmi and partner ^___^
lepas tu kami dibawa masuk merasai persekitaran bagi 1st class. bagaimana rupa bilik dan set peralatan di kamar tidur untuk golongan high class nih. memang cantik. ruangan untuk ke bilik golongan ni berbau harum. memang rasa feeling abes la macam 1st class. hihi. lepas tu ke bahagian golongan 3rd class. dalam ruangan ni kami bau macam habuk habuk kayu. dan bilik untuk 3rd class pon sangat sempit. yang mana diletakkan dua katil bertingkat dan ruangannya hampir separuh bilik 1st class untuk 1 bilik. cuba korang bayangkan betapa sempitnya ruangan diorang.
dah rasa suasana bilik kami bergerak ke bahagian pembakar. di sini kami ditunjukkan betapa besarnya ruang untuk membakar arang (kalau tak silap). dan boleh jugak rasa kepanasan ruang pameran tu. kononnya kita dalam situasi bilik tu la. cuma takdelah sepanas real time. lepas tu kami disajikan dengan pemandangan ruangan tangga yang mana kalau korang masih ingat scene Rose (Kate) turun tangga sambil melihat Jack (Leonardo). kat sini pon disediakan jurufoto buat sesiapa yang nak amik gambar. memula tu memang kami tak amik gambar sebab tak nak terlepas penerangan dari tourist guide. then masuk pulak kawasan replika ice berg. dan kami diberitahu semasa kejadian suhu persekitaran dan ice berg tu mencecah -2'C sehingga -4'C. sejuk gila kan. dan diletakkan satu replika ice berg untuk kita sentuh bagi rasa sendiri kesejukkan persekitaran masa kejadian. oshin tak lepas peluang la letak tangan kat situ. tak payah nak tunggu 5 saat. sekali letak terus oshin angkat balik. tengok tapak tangan darah dah menyerbu naik. haha.
lepas tu bahagian yang paling oshin suka. disediakan bahagian anjung untuk melihat kerlipan bintang di awan. memang real. kene pulak diorang pasang aircond area situ. terasa macam dalam filem titanic u olls. part paling best sekali. rasa nak stay lama je kat situ. haha. lepas tu ke bahagian pameran barangan yang diorang jumpa masa kejadian. masih elok lagi. kalau tengok spanar kapal tu memang gedabak besar. sekali ketuk leh tertanam tau. hoho. satu lagi ruang pameran beralaskan kaca untuk kira merasai suasana di dalam lautan. di mana para penyelam menjumpai bangkai kapal Titanic yang tersadai di dasar lautan. di bawah kaca yang kita pijak pulak bertebaran barangan yang berkecai terutamanya pinggan mangkuk, duit, barangan kapal yang lain. memang rasa terawang la macam dalam air. cewahh. feeling nak lebih kan.
ruang terakhir pulak disediakan senarai nama dari penumpang kelas pertama, kedua dan ketiga yang terselamat dan hilang. jadi boarding pass yang kami dapat mula-mula sekali tu ada terletak nama penumpang. jadi kami carilah nama yang tertera pada kad mengikut kelas masing-masing. sama ada terselamat atau hilang. oshin ? antara penumpang yang terselamat. fuhhh. lega u olls. keh3. kawan oshin lagi dua pulak tergolong dalam senarai penumpang yang hilang. kesian depa. hihi.
pose di tangga Titanic |
p/s : untuk entry ni tak banyak gambar. banyak bebel so korang layan je la eh. hihi. panjang ler pulak bebel kali nih :-(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan