sambungan lagi....
setelah beberapa gambar oshin snap bersama kawan kawan. kitorang pon jalan kaki menuju ke Art Science Museum. dari jauh dah terpegun tengok bentuk dia. apetah lagi bila da dekat kan. really awesome ! lepas tu kitorang pergi survey tiket. kebetulan ada sorang staff yang jaga beri maklumat sekiranya kami memerlukan Tourist Guide perlu tunggu jam 11.30 pagi. masa tu baru pukul 10.30 kot. so pergi la amik tiket dulu yang berharga SGD 24.00 dan jugak SGD 5.00 untuk documentary.
sementara tunggu jam 11.30 pagi tu apelagi dok kat luar posing posing la amik gambar. haha. ni antara gambar dari kamera cabuk oshin la. ngeh3.
pemandangan luar Art Science Museum |
minah gigi besi posing ok ;p |
lepas da sakan amik gambar kitorang pon masuk la dalam. tapi yang tak best nye dalam Exhibition ni tak boleh amik gambar. sangat tak best ! tapi disediakan dua spot untuk korang amik gambar. satu kat entrance. background gambar kapal dari bahagian depan. satu lagi kat staircase yang Rose turun jumpa Jack tu. hihi.
so sebelum masuk tu kami diberi satu boarding pass. #OshinLupaNakAmikGambar di bahagian belakang tu ada tulis maklumat sikit. mula-mula tu macam tak minat la tengok boarding pass tu. bila dah diberi penerangan oleh Tourist Guide baru lah tau. dekat kad tu terletak nama penumpang yang mengikuti trip dalam Titanic. ada jugak letak class ke berapa, asal mana.
oshin punya kad tertulis :
Passenger Name : Mrs. James Warburton Martinez Cardeza
Age : 58
Class : 1st
Cabin : B-51/53/55
Travelling To : Germantown, Pennsylvania
best tak oshin dapat 1st class. haha. dah la tersenarai dalam first class. termasuk pulak senarai orang yang terselamat dalam tragedi Titanic tu. ngeh3. seronok sangat. dan lepas ni oshin sambung pulak pengalaman sepanjang dalam Exhibition Titanic tu. apa yang oshin tengok. apa yang oshin rasa dan apa yang oshin dengar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan